Kota Kinabalu: Nur Hafizahanani Zailan dari Persatuan Pelayaran Sabah (Saila) merangkul kejuaraan keseluruhan dalam perlumbaan maraton pada Regatta Terbuka Pesta Kaamatan dan Sabah Fest 2025 anjuran Kinabalu Yacht Club (KYC) di Tanjung Aru pada Ahad.
Dua rakan sepasukannya turut naik ke podium dengan tempat kedua dimenangi Mohammad Syahieradham Raiman dan Muhammad Aiman Aqeel Mohd Firdaus di tempat ketiga.
Nur Hafizahanani dan Aiman juga merupakan dua penamat terbaik dalam kategori maraton Ilca 6 dan di tempat ketiga Zeti Irdina Zainal.
Gelaran maraton Ilca 7 menjadi milik Adam Carraz dan dengan Qasya Chairullah dan Cody Long Tse Nan masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Dalam kelas Ilca 4 pula, Muhammad Aiman Aqeel menjadi pemenang mendahului Kim Titus Soong Rong Khoong dan Nur Syameera Sofea Azaman.
Gelaran marathon kelas 470 dimenangi oleh Melissa Audrey Yong dan krewnya Syazwi Thaqif Shahirul diikuti Muhammad Afiq Irsyad Adam/ Melvin Sikayun dan Kelly Yin Attilio/Attilio Cecchini, manakala dua tempat teratas dalam kelas 420 dimenangi Bibi Qeesha Mohd Faizal/Natasha Wong Mall dan Danmatyal Haronzqui Muhammad Rahmaat.
Dalam perlumbaan maraton optimist, Nur Farisya Syafiah Rodie memenangi gelaran keseluruhan diikuti Macy Mosom Sikayun dan Izz Qasrina Chairullah, manakala tiga tempat teratas novis optimis dimenangi Malique Anaqi Mohd Norhaifiy, Nur Ezzati Alysha Abdul Karim dan Yap Jia Ying.
Dalam perlumbaan siri, Melissa Audrey Yong dan Syazwi Thaqif memenangi gelaran kelas 470 mendahului Muhammad Afiq Irsyad Adam/Melvin Sikayun dan Kelly Yin/Attilio Cecchini.
Bibi Qeesha Mohd Faizal/Natasha Wong dan Danyal Marczqui Rahmat Haron/Muhammad Iftittah Andi Mallabbang merupakan dua penamat terbaik dalam kelas 420.
Pemenang Ilca 7 ialah Adam Carraz dan di tempat kedua ialah Qasya Chairullah dengan Cody Long Tse Nan di tempat ketiga.
Nur Hafizahanani, Aiman Aqeel dan Zeti Irdina Zainal merupakan tiga pemenang terbaik dalam kelas Ilca 6 dan dalam kelas Ilca 4, Muhammad Aiman Aqeel menamatkan saingan di hadapan Kim Titus Soong Rong Khoong dan Nur Syameera Sofea Azaman, manakala dua pemenang terbaik dalam kelas luncur angin ialah Lucqmann Racheed Haron dan Zeid Ashraf Zainal.
Pemenang lain dalam kategori masing-masing ialah Abidin Aliakbar, Guido Weisenreiter, Sandeep Singh Gill (luncur angin tertutup lelaki); Tan Shir Ping @ Gabi dan Amabel Seow Min Hui (luncur angin tertutup wanita); Macy Mosom Sikayun, Nur Farisya Syafiah Rodie, Izz Qaireen Chairullah (keseluruhan siri perlumbaan optimist); Malique Anaqi Mohd Norhaifiy, Nur Fahriyah Syafiah Rodie, Nur Nazihah Amyra Jaikol (keseluruhan siri perlumbaan optimist novis); Amabel Seow Min Hui, Tan Shir Ping @ Gabi (dayung berdiri - sup perlumbaan jarak jauh wanita); Lisa Poronting, Amabel Seow Min Hui, Tan Shir Ping @Gabi (perlumbaan teknikal sup-wanita); Muhd Aswad, Jason James, Deston Lim (perlumbaan teknikal sup -lelaki); Tan Shir Ping @ Gabi , Amabel Seow Min Hui (luncur angin tertutup wanita); Nur Farisya Syafiah Rodie, Natalie Wong Qiao En (optimist divisyen A); Macy Mosom Sikayun , Izz Qaireen Chairullah, Suraya Fatin Najwa Raslan (optimist divisyen B); Ahmad Wafiy Azzam Mohd Resal, Izz Qasrina Chairullah, Ezra Layth Badri (optimist divisyen C).
Seramai 85 pelayar mengambil bahagian dalam acara tahunan itu dan majlis penutup disempurnakan oleh ketua pembangunan masyarakat Tanjung Aru Mohd Reduan Aklee.
Turut hadir ialah komodor KYC Albert Shim bersama pegawainya dan tetamu jemputan lain.