Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Keputusan Perdana Menteri bijak, tepat masanya: Upko
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
Text Size:
Text:
Keputusan Perdana Menteri bijak, tepat masanya: Upko
Felix berkata pendekatan autonomi strategik ini bukan sahaja akan memperkukuh jentera parti, malah membolehkan parti-parti komponen berbincang secara lebih terbuka berkenaan perkongsian kerusi dan kerjasama di lapangan.
Kota Kinabalu: Keputusan Perdana Menteri untuk membenarkan Pakatan Harapan (PH) Sabah menerajui persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang, disifatkan sebagai langkah bijak dan tepat pada masanya, kata Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).

Ketua Pemudanya, Felix Joseph Saang berkata kenyataan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta PH Sabah mengetuai rundingan pakatan pilihan raya dan hal-hal berkaitan menunjukkan keyakinannya terhadap kematangan politik serta keupayaan pemimpin-pemimpin gabungan itu di peringkat negeri.

Advertisement
Katanya, keputusan untuk melantik Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick bagi mengetuai rundingan tersebut turut menunjukkan keperluan untuk memberi ruang kepada pemimpin tempatan merangka strategi berasaskan realiti dan sentimen politik Sabah.

Pada 29 Mei lalu, Anwar berkata PH Sabah akan diberi tanggungjawab penuh dalam merundingkan agihan kerusi, membentuk pakatan serta hal lain berkaitan Pilihan Raya Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Felix berkata pendekatan autonomi strategik ini bukan sahaja akan memperkukuh jentera parti, malah membolehkan parti-parti komponen berbincang secara lebih terbuka berkenaan perkongsian kerusi dan kerjasama di lapangan.

“Sabah mempunyai latar belakang politik yang berbeza dan kompleks. Maka keputusan untuk memberikan kuasa penuh kepada kami dalam pilihan raya negeri yang akan datang membolehkan kami merangka strategi yang lebih inklusif, setempat dan fokus,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Advertisement
Tambah beliau, fokus utama ialah pembangunan Sabah, memperkukuh kedudukan negeri dan memberi perhatian kepada isu-isu tempatan termasuk pembangunan luar bandar, kemiskinan dan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Felix juga yakin Ewon mampu menerajui usaha membentuk kerjasama strategik dalam kalangan gabungan parti.

Advertisement
Katanya, barisan pemimpin muda dalam PH Sabah akan turut memberi sokongan terhadap semua inisiatif dan rancangan yang dipersetujui oleh kepimpinan, selain turun padang untuk menyampaikan maklumat mengenai agenda pembangunan, dasar serta hal berkaitan kepada rakyat di peringkat akar umbi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here