Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bangunkan Tawau sebagai bandar destinasi: Dewan
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bangunkan Tawau sebagai bandar destinasi: Dewan
Chia berkata, bagi menjadikan Tawau sebuah bandar yang pelawat mahu tinggal dan terokai, beliau percaya usaha menyeluruh perlu dilakukan untuk menambah baik kemampuannya menerima pelancong dan imej secara keseluruhan.
TAWAU: Daerah ini tidak boleh terus menjadi sekadar “pusat transit” dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa, sebaliknya perlu berkembang sebagai satu lagi bandar destinasi menarik di Sabah.

Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau (CCCT), Chia Siong Fatt berkata, daerah ini sebenarnya tidak kurang istimewa kerana memiliki pelbagai aset semula jadi dan budaya unik untuk dinikmati.

Advertisement
Antaranya adalah taman negara hutan hujan tropika, ladang buah-buahan bertaraf dunia, warisan budaya berbilang kaum, makanan laut segar dengan harga berpatutan, lorong-lorong lama yang bersejarah dan reputasinya sebagai pusat pengeluaran koko dan coklat Malaysia.

Namun, katanya, semua sumber itu masih belum berjaya disatukan dalam bentuk produk pelancongan yang tersusun dan menarik sehingga akhirnya pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Tawau (LTT) cenderung menuju ke Semporna yang lebih dikenali di peringkat antarabangsa.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here