Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
TPNS peruntuk RM13 juta bantu 9,000 pelajar Sabah
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
TPNS peruntuk RM13 juta bantu 9,000 pelajar Sabah
ARIFIN (duduk, tengah) dan tetamu lain merakamkan gambar kenangan bersama penerima bantuan pada majlis itu.
KENINGAU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah memperuntukkan lebih RM13 juta bagi membantu lebih 9,000 pelajar di seluruh Sabah sejak tiga tahun lepas.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohamad Arifin Arif berkata, langkah ini jelas menunjukkan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada anak Sabah yang tercicir dalam mendapatkan akses pendidikan.

Advertisement
Katanya, perbelanjaan besar ini adalah bukti bahawa pelaburan dalam pendidikan kekal menjadi keutamaan demi masa depan negeri sejak yang dilancarkan tiga tahun lalu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini satu usaha berterusan dan salah satu daripada usaha Ketua Menteri untuk memastikan anak-anak kita tidak tercicir,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arifin, mewakili  Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, berkata demikian selepas menyempurnakan penyampaian bantuan TPNS dan Penyerahan Sekolah Anak Angkat Daerah Keningau di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau di sini, pada Selasa.

Pada majlis itu, bantuan sejumlah RM435,695 disampaikan kepada 180 pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pengajian Sijil Sains,  Diploma, Ijazah, Sarjana Muda dan Sarjana.

Advertisement
Majlis itu juga memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang, dengan pemberian RM1,000 masing-masing kepada seorang pelajar yang mendapat 12A dan tiga pelajar dengan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SM Ken Hwa. 

Sementara itu juga, 173 pelajar sekolah menengah dari daerah ini turut menerima cermin mata percuma.

Advertisement
Selain bantuan pelajar, perpustakaan awam di seluruh Sabah juga menerima sumbangan tablet pendidikan termasuk cawangan di Keningau, Lahad Datu, Kunak, Membakut, Tuaran, Semporna,Sandakan, Tawau, Beaufort, Ranau dan Kota Marudu.

Majlis itu turut menyaksikan bantuan program Sahabat Bahasa, bagi memperkasakan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris, kepada empat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent, Keningau, Tawau dan Gaya Kinabalu.

Turut berlangsung, penyampaian bantuan untuk aktiviti sekolah melalui program Bagus dan Sukes kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Keningau.

Dua Sekolah Anak Angkat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor turut menerima bantuan, masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM10,000.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng yang juga Adun Tulid.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here