Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
‘Laksana projek persekutuan di Sabah ikut jadual’
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
‘Laksana projek persekutuan di Sabah ikut jadual’
Ewon menyifatkan penurunan itu sebagai satu perkembangan positif hasil kerjasama pelbagai pihak.
KOTA BELUD: Projek pembangunan di Sabah yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ia bagi memastikan semua projek dalam kategori pra pelaksanaan dimulakan oleh jawatankuasa yang terlibat.

Advertisement
Ewon, yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Intervensi Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, berkata beliau dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya bertanggungjawab memantau serta mencadangkan penyelesaian kepada sebarang isu yang menyebabkan kelewatan permulaan sebarang projek berkenaan.

“Sebaik projek diserahkan kepada agensi dan kontraktor pelaksana, pemantauan akan diteruskan oleh platform lain seperti Mesyuarat Tindakan Pembangunan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan dan Perasmian Dewan Terbuka Kg Podos di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon diminta mengulas perkembangan terkini mesyuarat jawatankuasa intervensi tersebut.

Katanya, pelaksanaan mesyuarat khas intervensi yang dimulakan sejak awal tahun ini telah menunjukkan hasil positif.

Advertisement
“Banyak isu teknikal dan pentadbiran berjaya diselesaikan lebih cepat melalui libat urus terus antara agensi pelaksana, kementerian dan kerajaan negeri.

“Berdasarkan laporan dalam mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah pada Mei lalu, jumlah projek dalam status pra pelaksanaan juga berkurangan daripada 207 projek kepada 137 projek,” ujarnya.

Advertisement
Ewon menyifatkan penurunan itu sebagai satu perkembangan positif hasil kerjasama pelbagai pihak.

“Kita telah mencadangkan beberapa langkah kepada jabatan teknikal dan kementerian pemilik projek agar isu-isu berbangkit dibincangkan serta diselesaikan.

“Saya turut berharap peratusan projek yang dimulakan akan terus meningkat pada mesyuarat akan datang,” katanya.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada semua kementerian, kerajaan Sabah dan jabatan teknikal yang mempercepatkan proses perolehan, pelantikan kontraktor dan tender projek yang sebelumnya belum dimulakan.

“Saya berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak terlibat dalam jawatankuasa intervensi ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here