Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Salleh sokong penubuhan kelab rekreasi bekas pemain
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Salleh sokong penubuhan kelab rekreasi bekas pemain
SALLEH (baris tengah, keempat dari kiri) bersama semua bekas pemain.
Kota Kinabalu: Penubuhan kelab rekreasi dan kebajikan bekas pemain sepak takraw Sabah mendapat sokongan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said.

Gesaan itu dibuat oleh Abdullah Hj Majid, yang merupakan pengerusi penganjur majlis makan malam reunion (Majlis Reunion Legend-Legend Sepaktakraw Sabah) untuk bekas pemain negeri yang diadakan di Asia City pada Selasa.

Advertisement
Abdullah berkata, matlamat kelab itu adalah untuk menghargai sumbangan semua pemain yang telah menyarung jersi Sabah dan mengharumkan nama negeri dan juga negara.

Salleh yang merupakan tetamu kehormat memberi restu agar kelab itu ditubuhkan agar kebajikan pemain terpelihara terutama ketika susah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambah Abdullah, pihaknya bercadang untuk menerbitkan majalah ‘Lagenda Sepak Takraw Sabah’ di mana biodata pemain era 70-an, 80-an, 90-an akan dipaparkan berserta gambar membabitkan mereka bersaing untuk negeri dan negara.

Sementara itu, seramai 39 orang bekas pemain yang datang dari Sandakan, Tawau, Labuan, Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu hadir ke majlis tersebut dan majlis makan malam perjumpaan seterusnya akan diadakan di Sandakan tahun depan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here