Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Keputusan sertai GRS dibuat dengan tujuan jelas: Joniston
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
Text Size:
Text:
Keputusan sertai GRS dibuat dengan tujuan jelas: Joniston
Suhaimi (kiri), yang juga ketua penerangan Umno Sabah, menempelak Joniston (kanan) susulan kenyataannya terhadap Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin.
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Joniston Bangkuai membidas Ahli Parlimen Libaran, Suhaimi Nasir kerana mempersoalkan kesetiaan parti itu, dengan menegaskan bahawa hala tuju dan keputusan PBS berpaksikan realiti serta keutamaan negeri Sabah.

Joniston berkata perjalanan politik PBS sentiasa berpegang kepada prinsip jelas bahawa Sabah perlu ditadbir oleh anak jati negeri itu sendiri, dengan kepimpinan yang berteraskan identiti tempatan dan kebertanggungjawapan, sambil mempertahankan hak dan maruah rakyatnya pada setiap masa.

Advertisement
“Walaupun PBS tidak mendakwa mempunyai sejarah sempurna, kami tidak pernah menyimpang daripada misi asal penubuhan kami. Sejak awal, kami konsisten memperjuangkan autonomi negeri, layanan adil dalam persekutuan dan perlindungan suara serta masa depan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Joniston yang juga ketua penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, mereka yang kerap mengungkit sejarah PBS demi kepentingan politik sering kali mengetepikan niat sebenar di sebalik keputusan-keputusan parti itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Perjalanan politik kami didokumenkan dengan sangat baik. Ia melalui pelbagai perikatan, penjajaran semula dan pengajaran pahit. Namun begitu, PBS kekal konsisten dengan perjuangannya,” katanya.

Suhaimi, yang juga ketua penerangan Umno Sabah, menempelak Joniston susulan kenyataannya terhadap Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin.

Advertisement
Joniston sebelum itu mengkritik Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, kerana mendakwa sukar bekerjasama dengan GRS akibat ‘pengkhianatan’ masa lalu, dengan menyatakan Bung adalah individu terakhir yang wajar bercakap tentang kesetiaan dan keikhlasan.

Suhaimi berkata Joniston mungkin tidak dikenali dalam arena politik negeri jika bukan kerana platform Barisan Nasional (BN) yang pernah diberikan kepada PBS.

Advertisement
Beliau mengingatkan Joniston bahawa kerjaya politiknya bermula di bawah platform Barisan Nasional (BN), menerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika parti itu masih dalam gabungan berkenaan.

“Tanpa BN, anda tiada tempat dalam politik Sabah. Bukan kebijaksanaan kamu, tetapi kekuatan BN yang mengangkat kamu,” katanya.

Suhaimi turut mengkritik rekod PBS, yang menurutnya sering keluar masuk BN, dan menyifatkan tindakan itu sebagai corak oportunisme politik.

Beliau juga mempersoal sikap berdiam diri Joniston ketika krisis politik Januari 2023, dan mendakwa Joniston hanya menyatakan pendirian selepas mengetahui siapa yang akan kekal berkuasa.

Beliau juga berkata Joniston tidak seharusnya terlalu cepat berbicara soal kesetiaan, merujuk kepada tindakan PBS keluar daripada BN menjelang PRU1990, kembali semula pada 2002, dan keluar sekali lagi selepas BN tumbang pada 2018.

PBS menyertai GRS pada Sept 2020, menjelang PRN yang berlangsung tahun itu. Joniston berkata keputusan PBS untuk meninggalkan BN dibuat selepas pertimbangan teliti sama ada kerjasama tersebut masih seiring dengan aspirasi rakyat Sabah.

“Bagi PBS, setiap keputusan politik kami sentiasa berasaskan persoalan asas: Adakah ia baik untuk Sabah?

“Keputusan kami menyertai GRS dibuat dengan tujuan yang jelas. Kami bekerjasama dengan parti-parti tempatan yang memahami keutamaan Sabah dan komited terhadap pembangunan yang bermakna,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here