Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
238 PTI ditahan ops bersepadu di Sandakan
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
238 PTI ditahan ops bersepadu di Sandakan
TAHANAN PTI di Depoh Tahanan Imigresen Sibuga.
SANDAKAN: Jabatan Imigresen Sabah menahan seramai 238 orang pendatang asing tanpa izin (PTI) dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di empat lokasi berasingan, termasuk kawasan setinggan, kilang dan tapak pembinaan pada Rabu.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata operasi yang dikenali sebagai Ops Sapu dan Ops Mahir itu melibatkan 71 anggota penguatkuasa dari pelbagai pangkat, dengan bantuan daripada pejabat Imigresen Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.

Advertisement
“Hasil operasi yang dijalankan malam tadi dan pagi ini, seramai 480 individu telah diperiksa, dan 238 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam sidang media di Depot Tahanan Imigresen Sibuga, pada Rabu. 

Daripada jumlah itu, 88 lelaki dewasa, 88 wanita dewasa, 30 kanak-kanak lelaki dan 32 kanak-kanak perempuan ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas lawatan, serta bekerja tanpa izin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Sh Sitti Saleha, operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Imigresen Sabah untuk membanteras kehadiran PTI di negeri ini. Beliau turut menegaskan bahawa majikan memainkan peranan penting dalam memastikan pekerja asing yang diambil bekerja memiliki dokumen yang sah.

Advertisement
“Jika majikan menggaji pekerja sah dan berdokumen,  negeri ini akan selamat daripada kehadiran PTI. Kebajikan pekerja juga akan lebih terjamin dimana mereka ada insurans, tempat tinggal, dan tidak dieksploitasi,” ujarnya.

Setakat awal tahun sehingga 4 Jun, sejumlah 13,850 individu telah diperiksa, dengan 2,730 PTI ditahan serta 53 majikan didakwa kerana menggaji pekerja tanpa dokumen sah. 

Advertisement
Sebanyak 6,058 tahanan dipindahkan pulang ke negara asal melalui udara dan laut.

Jabatan Imigresen Sabah turut memberi amaran kepada majikan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen, yang memperuntukkan denda minimum RM10,000 bagi setiap PTI yang digaji secara tidak sah.

“Operasi pemindahan dan pemeriksaan akan diteruskan di seluruh negeri, termasuk daerah-daerah seperti Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna. Kita tidak akan berhenti,” tegas beliau.

Beliau turut memberi amaran bahawa individu yang pernah diusir tetapi kembali ke negara ini melalui jalan tidak sah, akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas di mahkamah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here