Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Umno Sabah perlu terima hakikat
Published on: Thursday, June 05, 2025
Published on: Thu, Jun 05, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Umno Sabah perlu terima hakikat
Nizam berkata, dalam PRN Sabah 2020, sejarah dengan jelas melihat siapa sebenarnya yang memungkiri perjanjian dan prinsip moral apabila hanya dua hari sebelum hari penamaan calon, Umno dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bertanding di 27 kerusi.
TAWAU: Umno Sabah perlu menyedari hakikat bahawa mereka bukan lagi “abang besar” politik apabila semakin kehilangan sokongan di peringkat nasional dan di Sabah di mana rakyat sudah serik dengan skrip lama.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan GRS hari ini memilih untuk fokus ke hadapan dengan menjalin kerjasama strategik bersama Pakatan Harapan (PH) demi menjamin kestabilan pasca PRU15 dan menjelang Pilihanraya Negeri ke-17 (PRN17).

Advertisement
“Akhirnya, kuasa sebenar tidak terletak di tangan mana-mana tokoh, parti mahupun propaganda, tetapi di tangan rakyat… Biarlah rakyat Sabah menilai siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya pandai berdrama,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau membaca dengan minat kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu merangkap Exco Wanita Umno, Musliati Moslimin yang mendakwa Umno bukan “alat politik”, bukan “pelengkap skrip” dan bukan “pembeli janji palsu”.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ironinya, beliau berkata, kenyataan tersebut datang dari parti yang mempunyai sejarah panjang dalam menulis skrip politik yang penuh kelompongan, termasuk di Sabah.

Nizam berkata, dalam PRN Sabah 2020, sejarah dengan jelas melihat siapa sebenarnya yang memungkiri perjanjian dan prinsip moral apabila hanya dua hari sebelum hari penamaan calon, Umno dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bertanding di 27 kerusi.

Advertisement
“Namun apabila tiba waktunya, mereka bertanding di 41 kerusi, yang merupakan satu tindakan yang bukan sahaja melanggar persefahaman tetapi mengundang kekeliruan dan keretakan awal dalam gabungan.

“Jika ingin bercakap soal ‘maruah’ dan ‘pengkhianatan’, Umno wajar terlebih dahulu memandang cermin sejarahnya sendiri,” katanya lagi.

Advertisement
Nizam, yang juga Adun Apas, berkata Umno juga masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dalam gabungan parti-parti politik, parti yang memiliki jumlah kerusi tertinggi mempunyai keutamaan untuk menjadi ketua gabungan.

Katanya, GRS yang dianggap sebagai parti-parti “serpihan”oleh Musliati, berjaya memiliki bilangan kerusi tertinggi dan seterusnya mempunyai keutamaan untuk memilih Ketua Menteri Sabah – dan itu bukan satu pengkhianatan, tetapi asas demokrasi sebenar.

“Lebih mengejutkan, Musliati langsung tidak menyentuh insiden ‘Langkah Kinabalu’ yang berlaku pada Januari 2023, apabila beberapa pimpinan Umno, termasuk Datuk Bung Moktar Radin, terlibat dalam percubaan menggulingkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Menurutnya, tindakan Bung dan beberapa pimpinan Umno bukan sahaja menggugat kestabilan negeri, malah memperjudikan mandat rakyat.

Justeru, katanya, tindakan menggugurkan mereka daripada Kabinet Negeri dan jawatan dalam agensi adalah prerogatif Ketua Menteri demi menjaga kestabilan dan kepentingan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here