Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Suami sanggup tinggalkan isteri ditahan ketika serbuan dadah
Published on: Friday, June 06, 2025
Published on: Fri, Jun 06, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Suami sanggup tinggalkan isteri ditahan ketika serbuan dadah
DADAH dan barangan yang dirampas dalam serbuan.
SEMPORNA: Seorang lelaki sanggup meninggalkan isterinya ketika serbuan dadah oleh polis di sebuah rumah di Kampung Sejati 2, di sini, pada Rabu.

Dadah yang dirampas dianggarkan seberat lebih satu kilogram dengan nilai anggaran RM34,755.50.

Advertisement
Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah Datuk Abdul Rani Alias berkata, berdasarkan risikan, sepasukan anggota PGA menyerbu sebuah rumah setinggan di kawasan berkenaan.

“Dalam operasi jam 7 pagi itu, lelaki terbabit meloloskan diri melalui tingkap dapur manakala isterinya ditahan untuk siasatan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semasa serbuan, pasukan operasi menemui beberapa paket plastik mengandungi bahan disyaki syabu yang disembunyikan di antara dinding dan almari di dalam rumah terbabit,” katanya.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap wanita itu mendapati dia negatif dadah.

Advertisement
Menurutnya, suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Semporna dan siasatan dijalankan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Abdul Rani menambah, usaha mengesan lelaki yang melarikan diri semasa operasi masih dijalankan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here