Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa lakukan amang seksual ke atas kanak-kanak perempuan
Published on: Friday, June 06, 2025
Published on: Fri, Jun 06, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa lakukan amang seksual ke atas kanak-kanak perempuan
Lai yang tidak mempunyai pekerjaan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 48 tahun didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Lai Hiap Lee mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus atas pertuduhan tersebut.

Advertisement
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan meraba payudara kanak-kanak terbabit pada petang 18 Mei tahun ini di sebuah premis di Jalan Kobusak Nosoob, Penampang.

Lai yang tidak mempunyai pekerjaan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 2 Julai untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan Lai dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan Lai melaporkan diri ke balai polis terdekat sebulan sekali dan pasportnya jika ada disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai.

Advertisement
Lai turut diingatkan supaya tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan jika tidak jaminannya boleh dibatalkan.

Timbalan Pendakwa Raya Sofiah Sawayan mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Jagnesh Jaya membela Lai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here