Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kukuhkan persaudaraan, perpaduan
Published on: Saturday, June 07, 2025
Published on: Sat, Jun 07, 2025
Text Size:
Text:
Kukuhkan persaudaraan, perpaduan
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak seluruh rakyat Sabah di negeri ini untuk bersama-sama terus memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan.

Beliau juga meminta umat Islam di negeri ini untuk terus memperteguhkan lagi keimanan dan ketaqwaan terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan, serta menghayati kisah dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.

Advertisement
“Naratif AidilAdha yang berkait rapat dengan kisah dan sejarah amalan korban, melibatkan dua figura besar dalam Islam iaitu Nabi Ibrahim AS bersama anakanda baginda, Nabi Ismail AS membawa pengertian dan falsafahnya yang tersendiri, mencakupi tiga aspek utama dalam kehidupan umat manusia, iaitu perjuangan, pengorbanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT.

“Justeru, AidilAdha yang jatuh sempena bulan Haji ini, merupakan bulan suci yang di dalam mengandungi segala rahsia yang terkait dengan apa yang disebut sebagai Habluminallah dan Habluminanaas, iaitu hubungan insaniah dengan Tuhan yang Maha Pencipta, dan hubungan kita sesama umat manusia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semoga sambutan AidilAdha kali ini akan terus memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita rakyat Malaysia di negeri ini,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha 1446H, di sini, Jumaat.

Sehubungan itu beliau dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat, di mana jua berada.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here