Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ketua Menteri terima kunjungan Pengarah LHDN baru
Published on: Saturday, June 07, 2025
Published on: Sat, Jun 07, 2025
Text Size:
Text:
Ketua Menteri terima kunjungan Pengarah LHDN baru
HAJIJI menerima cenderamata daripada Dayang Halimah.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengarah baharu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah, Datin Dayang Halimah Awang Ahmad di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Dayang Halimah yang berasal dari Tawau menyandang jawatan itu sejak 1 Mac. Sebelum itu beliau merupakan Pengarah Operasi Negeri (Audit Cukai Syarikat) LHDN Sabah.

Advertisement
Hajiji mengucapkan tahniah atas pelantikan Dayang Halimah dan yakin hubungan erat antara kerajaan negeri dan LHDN dapat diperkukuh demi memastikan pengurusan hasil yang lebih cekap dan menyeluruh.

Katanya, kerajaan sentiasa menyokong usaha mempertingkatkan kutipan hasil secara adil dan berkesan, selaras dengan keperluan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Dayang Halimah, kunjungan itu bertujuan memperkenalkan diri, selain membincangkan kerjasama strategik antara LHDN dan kerajaan negeri dalam aspek pematuhan percukaian serta pengurusan hasil.

Dalam pertemuan itu, beliau turut berkongsi hala tuju serta perancangan LHDN Sabah, termasuk inisiatif memperluas capaian perkhidmatan dan meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan masyarakat. 

Advertisement
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Mejer Jeneral Dato’ Mohammad Razeif Che Ahmad.

Mengiringi beliau ialah Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Haji Noorrul Azril Ariffin dan Pengarah Rancang dan Pembangunan Tentera Darat, Kolonel Burhan Sagoni.

Advertisement
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here