SANDAKAN: Polis Daerah Sandakan kini sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah yang berlaku di daerah ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Ramasamy a/l Kuppan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai individu terbabit diminta untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah Sandakan di talian 089-212222 atau hadir ke mana-mana balai polis yang berhampiran bagi menyalurkan maklumat.
Antara yang diburu adalah individu yang disyaki melakukan jenayah seksual iaitu Yee Kok Wai (Mykad : 621219-12-5433) atas kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol, Mohammad Azwan Mukram (gambar) (Mykad : 960814-12-6277) atas kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Hisyam Tarang (MyKad: 820304-12-6061) atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul.
Selain itu, Mohd Nazrie Mohd Sha (Mykad : 770914-12-5581) atas kesalahan di bawah Sekysen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, Firdawis Daud (Mykad : 860401-12-5489) atas kesalahan di bawah Seksyen 46 (N) Akta Penjara 1995.
Turut diburu, seorang wanita Indonesia berusia 31 tahun iaitu Safawati Taming (No pasport: C3822626) atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.
Selain itu, Mohd Dussin Ahmad (MyKad : 900828-12-5529) atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1959 dan Mohd Nursyahfiq Homir Sari (Mykad: 990815-12-5193) atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.
Ramasamy menegaskan komitmen pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman masyarakat umum.