Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Mangsa gempa bumi Ranau terus dikenang, pembaharuan dilaksana
Published on: Saturday, June 07, 2025
Published on: Sat, Jun 07, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Mangsa gempa bumi Ranau terus dikenang, pembaharuan dilaksana
SEBAHAGIAN daripada hadirin pada majlis peringatan tersebut.
Kundasang: Tragedi gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter yang melanda Ranau pada 2015 bukan sahaja kekal dalam ingatan, malah mencetuskan pelbagai pembaharuan di daerah ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (LPATTS), Peter Lintar, mengetuai upacara memperingati mangsa tragedi yang meragut 18 nyawa sedekad lalu.

Advertisement
“Hari ini, kita berkumpul untuk memperingati ulang tahun ke-10 tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu. Ini adalah hari untuk kita merenung, mengenang dan menguatkan semangat bersama.

“Gunung Kinabalu yang megah ini telah menjadi saksi kepada satu tragedi yang meragut 18 nyawa insan tersayang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, luka akibat tragedi itu masih mendalam dalam hati keluarga, rakan-rakan, seluruh rakyat Malaysia – khususnya masyarakat Sabah – serta komuniti antarabangsa yang turut terkesan.

Beliau berkata demikian semasa majlis Ulang Tahun ke-10 Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu yang diadakan di Kiau Gap View, Pintu Timpohon, Taman Kinabalu pada Khamis.

Advertisement
“Kita mengenang roh mereka yang terkorban –pendaki, malim gunung dan anak-anak muda yang penuh semangat. Mereka pergi terlalu awal, di sebuah tempat yang seharusnya menjadi lambang keindahan ciptaan Tuhan.

“Kepada keluarga mangsa, kami faham kesedihan ini tidak akan betul-betul hilang. Sepuluh tahun mungkin menyembuhkan luka fizikal, tetapi kerinduan terhadap insan tersayang tetap kekal. Terima kasih atas kekuatan dan ketabahan yang telah anda tunjukkan selama ini,” katanya.

Advertisement
Peter turut merakamkan penghargaan kepada malim gunung, porter, anggota penyelamat, sukarelawan dan penduduk tempatan yang terlibat.

“Keberanian dan pengorbanan anda menjadi sumber inspirasi yang tidak ternilai. Khidmat anda akan sentiasa dikenang dan dihargai,” katanya.

Tambah beliau, tragedi tersebut mengajar semua pihak tentang erti rendah diri di hadapan kuasa alam, serta keperluan penting terhadap keselamatan pendakian dan sistem amaran awal yang cekap.

Sepanjang dekad lalu, pelbagai inisiatif diperkenalkan dan diperkukuhkan termasuk penubuhan Pasukan Tindakan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR), latihan simulasi penyelamatan, SOP penyelamatan yang lebih menyeluruh, peningkatan latihan dan penilaian malim gunung, penambahbaikan protokol kecemasan serta usaha berterusan meningkatkan kesedaran awam.

“Kepada keluarga mangsa, anda tidak pernah bersendirian. Kenangan terhadap insan tersayang akan terus hidup dalam doa dan tindakan kami.

“Untuk makluman, kami tidak akan meneruskan majlis seperti ini setiap tahun di lokasi ini, namun kami akan memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk melakukan ziarah atau upacara tafakur di kawasan ini,” jelasnya.

Sempena ulang tahun ke-10 tragedi yang berlaku pada 5 Jun 2015 itu, majlis peringatan turut diadakan di Pekan Kundasang yang disertai pelbagai pihak termasuk komuniti setempat.

Program itu dianjurkan bersama oleh Geopark Global Unesco Kinabalu, Pejabat Daerah Ranau dan Sukarelawan Mesilau (MeVoc).

“Saya berharap program seperti ini diteruskan bagi memastikan semua pihak sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang bentuk bencana, termasuk gempa bumi,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim, Uskup Agung Kota Kinabalu, Datuk John Wong Soo Kau, Pegawai Daerah Ranau Tinus Manggam, ahli-ahli LPATTS, ketua-ketua jabatan, keluarga mangsa, pemerhati dan komuniti sekitar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here