Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganggur cederakan anak dijel 6 tahun
Published on: Saturday, June 07, 2025
Published on: Sat, Jun 07, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penganggur cederakan anak dijel 6 tahun
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan. Mahkamah memerintahkan Shahmar menjalani hukuman penjara itu serentak dengan hukuman bagi kesalahan lain.
KOTA KINABALU: Seorang penganggur berusia 43 tahun dipenjara enam tahun dan didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan kerana menyebabkan kecederaan terhadap anak lelakinya dengan sebatang kayu.

Shahmar Asecio mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim, atas pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Dia mencederakan anak lelakinya berusia 16 tahun dengan memukulnya dengan kayu pada 11.30 pagi 2 Jun tahun ini di sebuah rumah di Kg Baitam Laut, Membakut.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Shahmar menjalani hukuman penjara itu serentak dengan hukuman bagi kesalahan lain.

Dalam rayuannya, Shahmar yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pencegahan dan memberi pengajaran, bukan sahaja kepada Shahmar, tetapi orang awam secara amnya daripada melakukan kesalahan itu.

Mahkamah mendengar bahawa semasa anaknya berada di dapur, bapanya Shahmar datang dari belakang, memukulnya dengan kayu di bahu, kepala dan kaki kanannya.

Advertisement
Ibu mangsa kemudian cuba menghalang perbuatan Shahmar tetapi dia tiba-tiba mengambil parang dan mengugut mangsa dengan senjata itu.

Anak lelaki yang dalam ketakutan itu kemudian membuat laporan polis.

Susulan laporan itu, Shahmar ditahan polis pada hari yang sama. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here