Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa edar dadah
Published on: Saturday, June 07, 2025
Published on: Sat, Jun 07, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa edar dadah
Kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDA) itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) DDA, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 29 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah seberat 61.6 gram.

Wilkie Wong Hung Fui dibawa ke hadapan Majistret Marilyn Kelvin untuk menghadapi pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Wong selepas pertuduhan dibacakan kepadanya kerana pengakuannya akan direkodkan di Mahkamah Tinggi selepas laporan ahli kimia mengenai dadah itu siap.

Wong didakwa mengedar dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) pada 1.30 pagi 29 Mei tahun ini berhampiran bit polis di pangsapuri Bukit Bantayan Residences, Inanam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDA) itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) DDA, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Julai untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Wong kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan tersebut.

Advertisement
Sementara itu, di mahkamah lain, seorang lelaki berusia 28 tahun dipenjara 15 bulan kerana mencuri barang.

Wanizal Hamid mengaku memiliki syiling matawang asing yang dicuri pada 12.10 tengah hari 4 Ogos 2024 di sebuah unit pangsapuri di University Utama Condominium di Jalan Kayu Madang, Telipok. 

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Wanizal menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh penahanannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh, manakala Wong dan Wanizal tidak diwakili peguam. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here