Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika jolok mangga
Published on: Monday, June 09, 2025
Published on: Mon, Jun 09, 2025
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika jolok mangga
ANGGOTA bomba menurunkan mayat mangsa dari pokok mangga yang dinaikinya.
PAPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menjolok buah mangga di Kampung Bambangan, di sini, pada Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan lapan anggota diketuai Ketua Balai Bomba Rozlan Osman bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.01 petang.

Advertisement
Sebaik tiba di lokasi, katanya, pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa dari pokok yang dipanjatnya untuk menjolok mangga.

Berdasarkan maklumat orang awam, jurucakap itu berkata mangsa menggunakan galah besi untuk menjolok buah mangga tetapi malangnya terkena kabel elektrik berhampiran sehingga menyebabkan dia terkena renjatan elektrik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan bomba menurunkan mangsa menggunakan tangga dan tali selepas bekalan elektrik ditutup oleh Sabah Electricity. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Jabatan Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Advertisement
Operasi tamat jam 4.29 petang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here