Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga Filipina, 60, parah dalam kemalangan di Sook
Published on: Monday, June 09, 2025
Published on: Mon, Jun 09, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Warga Filipina, 60, parah dalam kemalangan di Sook
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat cuba mengeluarkan manga yang tersepit dalam kenderaan yang dipandunya.
SOOK: Seorang lelaki warga Filipina berusia 60 tahun cedera parah selepas kenderaan Toyota Avanza yang dipandunya terbabas dan terbalik di tepi jalan raya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Faisal Ahmad berkata kemalangan pada pagi Ahad di Batu 26 Jalan Sook - Nabawan itu menyebabkan mangsa yang dikenali Mohd Basir Islali tersepit dalam kenderaan.

Advertisement
Sementara itu katanya, isteri mangsa Raidah Agus, 56, dan anaknya Mohd Pahad Mohd Basir, 32, tidak tersepit dan hanya mengalami cedera ringan selepas dibantu oleh orang awam.

“Sebaik sahaja menerima panggilan, anggota Bomba dan Penyelamat Sook bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan operasi dan mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya ketika dihubungi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemandu dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaannya terbabas sendiri dan merempuh pagar tapak semaian sawit sebelum terbalik di tepi jalan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here