Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
“Sebagai contoh, Malaysia-Singapore Airlines (MSA). Pada asasnya, itu adalah Malaysia Airlines. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia, kita dapat hampir semua aset MSA.
“Singapura tak dapat apa-apa. Apa yang berlaku selepas 50, 60 tahun? Di mana Malaysia Airlines dan di mana Singapore Airlines?
“Lima puluh tahun lalu, Hong Kong juga tiada apa-apa. Ada rakyat Sabah yang membeli hartanah di Hong Kong kerana terlalu murah bagi mereka.
“Mereka memperoleh banyak kekayaan hasil dari balak di Sandakan dan membeli banyak hartanah di Hong Kong. Saya kenal rakyat Sabah yang memiliki 10 hingga 20 unit apartmen di Causeway Bay, Hong Kong, yang mana kawasan hartanah utama yang kini bernilai 10 juta dolar Hong Kong setiap satu. Ianya berbeza 50 tahun lalu.
“Taiwan juga tidak ada apa-apa waktu itu. Mungkin hanya sawah padi dan tanah pertanian. Korea pun tidak menonjol.
“Kini kita berada di belakang banyak negara lain.”
Tahun ini, Malaysia mempengerusikan Asean tetapi katanya beliau ragu Malaysia mampu mengejar negara lain seperti Thailand. Malah, Vietnam mungkin akan mengatasi Malaysia tidak lama lagi.
“Indonesia dalam beberapa tahun sahaja lagi akan mengatasi kita. Kemboja juga kini sedang berkembang pesat.”
Katanya, Malaysia yang masih dibelenggu rasuah dan dasar yang lemah hanya akan mampu bersaing dengan negara seperti Myanmar dan Filipina.
“Apa yang mereka perlukan hanyalah seorang pemimpin yang betul seperti Jokowi yang mampu menyatukan rakyat dan mereka akan terus maju kerana mereka mempunyai semua keperluan untuk menjadi lebih baik daripada keadaan sekarang.
“Kita boleh tahu siapa yang berada di belakang kita apabila kita lihat siapa yang bekerja di restoran-restoran kita. Rakyat Filipina dan sesetengah rakyat Indonesia, tetapi mungkin tidak akan lama lagi.
“Hakikat sebenar ialah sama ada anak-anak kita pula yang akan jadi pembantu rumah di negara lain. Sebab itulah, Malaysia tidak boleh lagi membuang masa.”






