Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perjelas definisi anak negeri, lindungi hak, tanah orang asal
Published on: Monday, June 09, 2025
Published on: Mon, Jun 09, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Perjelas definisi anak negeri, lindungi hak, tanah orang asal
Menurut Henrynus beribu-ribu ekar tanah didakwa telah diberi kepada “anak negeri yang meragukan” (mereka yang status anak negerinya dipertikaikan) di beberapa daerah di Sabah.
Kota Kinabalu: Parti Kerjasama Anak Negeri (PKAN) menyeru agar takrifan “anak negeri Sabah” diperjelaskan seperti di Sarawak bagi membawa kejelasan dan menghapuskan sebarang keraguan serta kekaburan tentang maksud “anak negeri”.

Presidennya Datuk Henrynus @ Rinus Amin juga mahu satu klausa tambahan dimasukkan supaya tiada sijil anak negeri yang sah tanpa “pengisytiharan yang sewajarnya oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah”.

Advertisement
“Kami mahu satu klausa yang secara khusus menyatakan bahawa jika terdapat bukti bahawa kewarganegaraan atau sijil anak negeri diperoleh secara penipuan pihak berkuasa yang mengeluarkannya iaitu Mahkamah Anak Negeri Sabah mempunyai hak undang-undang untuk membatalkannya dan mereka yang terlibat dalam penipuan tersebut perlu berdepan tindakan undang-undang.

“Terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan isu ini kerana warga asing yang menyamar sebagai warganegara Malaysia dan anak negeri melalui kad pengenalan yang diperoleh secara penipuan sedang menceroboh tanah adat atau tanah anak negeri di seluruh Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami menerima laporan yang membimbangkan mengenai tanah adat yang diceroboh oleh pendatang baru dengan identiti yang meragukan di Ranau, Keningau, Sook, Nabawan, Tongod, Beluran, Pitas, Sipitang, Lahad Datu, dan Kalabakan,” katanya.

Beliau mendakwa pendatang baru yang status kewarganegaraannya meragukan ini membeli atau menceroboh tanah-tanah tersebut, membina penempatan baharu dan mengubah demografi kawasan.

Advertisement
Menurut Henrynus beribu-ribu ekar tanah didakwa telah diberi kepada “anak negeri yang meragukan” (mereka yang status anak negerinya dipertikaikan) di beberapa daerah di Sabah.

Beliau tidak menyatakan di bawah pentadbiran mana perkara ini berlaku namun individu-individu ini kemudian mendaftar sebagai pengundi seterusnya mengubah secara asas demografi politik kawasan tersebut.

Advertisement
Katanya sebanyak 500,000 individu di Sabah dipercayai telah memperoleh kad pengenalan Malaysia (MyKad) melalui cara yang meragukan.

Ketika ini populasi Kadazan Dusun hanya tinggal 19 peratus daripada jumlah keseluruhan. Sebaliknya satu kumpulan etnik lain dilaporkan meningkat dengan mendadak dan perkara ini menimbulkan persoalan mengenai asal-usul mereka.

Beliau berkata jika mereka bukan dari Semenanjung Malaysia kesimpulannya ialah mereka mestilah warga asing yang menyamar sebagai bumiputera untuk mendapatkan kad pengenalan dan seterusnya menuntut hak ke atas tanah anak negeri Sabah.

“Parti juga bimbang mengenai penempatan setinggan di kawasan pesisir pantai berhampiran bandar-bandar utama yang dihuni oleh individu-individu yang status kewarganegaraannya meragukan tetapi mendakwa diri sebagai anak negeri dan menuntut pengiktirafan negeri terhadap kampung mereka.”

Beliau berkata di Sabah enakmen utama yang mentakrifkan “anak negeri Sabah” adalah Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri) 1952 (Sabah Cap 64).

Berbeza dengan Sarawak yang menyenaraikan suku kaum pribumi tertentu, katanya Perlembagaan Persekutuan bagi Sabah hanya merujuk kepada “seseorang daripada ras yang berasal dari Sabah”, yang sekali lagi merujuk kepada Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri) 1952.

Katanya status Kadazan Dusun, Murut dan Sungai atau secara kolektifnya Momogun tidak dinyatakan dengan jelas dalam Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri) 1952.

“Ketiadaan senarai yang jelas ini menimbulkan keraguan terhadap kesahihan dan kaitan takrif sedia ada,” katanya.

Henrynus berkata pindaan terhadap takrif “anak negeri” di Sabah merupakan isu yang telah lama berlarutan dan kompleks yang tidak sanggup ditangani oleh mana-mana kerajaan negeri.

Beliau tidak pasti apakah tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan negeri namun mempersoalkan mengapa wakil rakyat Kadazan Dusun daripada Star, PBS dan Upko yang lantang mengenai isu ini semasa pilihan raya, kini berdiam diri selepas pilihan raya.

Beliau berkata Parti Anak Negeri akan terus mendesak agar klausa ini dipinda bagi menjelaskan dan mengesahkan status pendatang baru dari Malaya, Filipina dan Indonesia sebagai bukan anak negeri.

“Takrif yang kabur dan pergantungan kepada pengisytiharan mahkamah anak negeri didakwa telah menyebabkan wujudnya keadaan di mana individu yang tiada keturunan pribumi sebenar mendapat status anak negeri.” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here