Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pemandu tular isi minyak tanpa bayar dicekup polis
Published on: Monday, June 09, 2025
Published on: Mon, Jun 09, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Pemandu tular isi minyak tanpa bayar dicekup polis
SUSPEK disyaki mengisi minyak kenderaannya tanpa mebuat pembayaran.
TAWAU: Polis memberkas seorang lelaki tempatan yang terakam dalam video tular mengisi petrol tanpa membuat pembayaran di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.45 pagi pada Sabtu di belakang sebuah premis dobi di kawasan bandar Tawau.

Advertisement
“Sebaik menerima maklumat sepasukan anggota polis dari Unit Kenderaan Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah terus digerakkan.

“Apabila tiba di kawasan terbabit anggota polis menemui sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis disyaki digunakan dalam kes penipuan yang mempunyai kaitan dengan video tular berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasmin berkata pasukan polis kemudiannya berjaya mengesan keberadaan pemandu kenderaan tersebut sebelum bertindak menahan lelaki terbabit.

Menurutnya suspek dan kenderaan yang digunakan seterusnya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

Advertisement
Hasil siasatan turut mengesyaki suspek terlibat dalam kejadian mengisi minyak kenderaan tanpa membuat bayaran di beberapa stesen minyak lain di sekitar daerah Tawau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, dikenakan sebatan serta denda.

Advertisement
Mengulas lanjut Jasmin memaklumkan ujian saringan awal air kencing yang sudah dijalankan terhadap suspek  mendapati lelaki berkenaan negatif dari sebarang pengaruh dadah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here