Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibu tunggal dapat rumah PPRS 
Published on: Monday, June 09, 2025
Published on: Mon, Jun 09, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Ibu tunggal dapat rumah PPRS 
Baideh menerima kunci rumah.
SIPITANG: Seorang ibu tunggal yang kehilangan rumah dalam kebakaran hanya sehari sebelum sambutan Aidiladha pada tahun lalu telah menerima rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). 

Baidah Amit dari Kampung Lumut merupakan antara penerima bantuan rumah PPRS yang bertujuan menyediakan tempat berteduh yang selamat dan selesa kepada mereka yang ditimpa bencana tidak dijangka.

Advertisement
Ketua Umno Bahagian Sipitang Abd Rahman Mat Noh berkata permohonan bantuan rumah itu berjaya membolehkan mangsa memiliki rumah PPRS selepas kehilangan kediaman terdahulunya akibat kebakaran tahun lalu.

Program itu adalah sebahagian daripada inisiatif pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan pembinaan atau pembaikan rumah baharu kepada golongan miskin dan miskin tegar bagi memastikan mereka mempunyai kediaman yang selamat dan selesa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan bantuan rumah ini, mereka kini boleh berteduh dengan selesa tanpa risau memikirkan angin kencang, hujan atau panas,” kata Abd Rahman.

Abd Rahman berharap mangsa dapat mengatasi traumanya dan mendapat kegembiraan atas keprihatinan kerajaan dengan menyediakan rumah kepada mereka yang terjejas akibat bencana.

Advertisement
Abd Rahman mengakui walaupun rumah baharu itu mungkin tidak sama dengan rumah yang musnah terbakar, namun penerima sepatutnya bersyukur dengan rumah PPRS yang disumbangkan kerajaan.

Katanya sesiapa sahaja boleh memohon perumahan PPRS tetapi mesti mengikut prosedur yang ditetapkan, memberi jaminan tiada pilih kasih atau diskriminasi dalam mengagihkan bantuan kerajaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here