Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki berjoging cedera dilanggar lari di Tawau
Published on: Tuesday, June 10, 2025
Published on: Tue, Jun 10, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki berjoging cedera dilanggar lari di Tawau
TANGKAP layar video rakaman kejadian.
TAWAU: Seorang lelaki yang sedang berjoging bersama 20 rakan lain cedera akibat tercampak ke dalam parit, selepas dirempuh sebuah Toyota Hilux dalam kejadian jam 3.50 pagi di Batu 3 Jalan Apas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa, 34, mengalami pendarahan di kepala dan masih menerima rawatan di wad pembedahan lelaki Hospital Tawau, namun dilaporkan stabil.

Advertisement
Menurutnya, kejadian langgar lari itu berlaku ketika mangsa dan rakan-rakannya sedang berjoging dari arah McDonald menuju ke Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas.

Katanya, polis menerima maklumat kemalangan itu pada jam 4.15 pagi membabitkan seorang pejalan kaki yang dirempuh Toyota Hilux berwarna ‘bronze mica’ tetapi nombor kenderaan tidak diketahui.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya mendahului yang lain dalam aktiviti tersebut.

“Apabila tiba di Batu 3 Jalan Apas berhadapan premis Cheese Garden, mangsa yang berada di sebelah kanan jalan raya dirempuh dari arah belakang oleh kereta berkenaan.

Advertisement
“Insiden itu mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam parit konkrit di sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Jasmin berkata, ketika ini polis sedang giat mengesan pemandu kereta tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Advertisement
Justeru itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Joan Lee di talian 019-8537100.

Sementara itu, suatu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.23 saat dari bangunan premis berhampiran menyaksikan tiga lelaki sedang berjoging sebelum salah seorangnya dirempuh kereta dan tercampak ke dalam parit.

Pemandu kereta terbabit dilihat terus memecut laju meninggalkan tempat kejadian. Rakaman itu tular di media sosial.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here