Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
G57 selar Pemuda DAP pertahan Fahmi Reza
Published on: Tuesday, June 10, 2025
Published on: Tue, Jun 10, 2025
Text Size:
Text:
G57 selar Pemuda DAP pertahan Fahmi Reza
Zulkarnain (kiri) menyifatkan tindakan Fahmi (kanan) itu sebagai “serangan sengaja dan berniat jahat” terhadap institusi Tuan Yang Terutama Negeri.
Kota Kinabalu: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menyelar Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong, kerana mempertahankan aktivis Fahmi Reza yang dihalang daripada ke luar negara, tetapi senyap terhadap kandungan didakwa memfitnah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, mempersoalkan sikap pilih kasih Woo dan menuduh beliau menutup mata kepada penghinaan Fahmi terhadap Tun Musa menerusi satu karikatur yang dimuat naik secara dalam talian.

Advertisement
“Ya, Woo berhak mempertahankan Fahmi, tetapi mengapa beliau tidak persoalkan kenapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap Fahmi walaupun banyak laporan polis telah dibuat oleh rakyat Sabah?” soalnya.

Zulkarnain menyifatkan tindakan Fahmi itu sebagai “serangan sengaja dan berniat jahat” terhadap institusi Tuan Yang Terutama Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Adakah Woo berdiam diri hanya kerana Tun Musa adalah anak jati Sabah?” tambah beliau.

Zulkarnain turut mengingatkan bahawa pelantikan Tun Musa dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, melalui proses tapisan yang ketat, dan Tun Musa tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.

Advertisement
“Adakah Woo secara tidak langsung mempertikaikan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam pelantikan ini?” katanya lagi.

Beliau mempertahankan kredibiliti Tun Musa sebagai seorang tokoh korporat yang dihormati dan satu-satunya anak Sabah yang pernah memiliki bank sebelum menceburi bidang politik.

Advertisement
G57 turut mengkritik Fahmi kerana apa yang disifatkan sebagai “aktivisme terpilih”.

“Kenapa Fahmi tidak pernah menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai individu paling korup di Sabah, walhal beliau pernah direman berhubung siasatan projek luar bandar bernilai RM1.5 bilion?”

“Bagaimana pula dengan kes rasuah RM2.8 juta membabitkan Bung Moktar atau sabitan kes penipuan melibatkan Peter Anthony dengan Universiti Malaysia Sabah?” soal Zulkarnain.

“Fahmi nampaknya hanya menyasarkan satu individu sahaja. Adakah dia dipergunakan oleh pihak tertentu?”

Zulkarnain berkata rakyat Sabah telah membuat banyak laporan polis terhadap Fahmi berhubung penghinaan itu, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil.

“Apa istimewanya Fahmi sampai seolah-olah tidak boleh disentuh? Rakyat Sabah sedang memerhati. Mereka akan buat keputusan bila tiba waktunya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here