Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Straw plastik dan polisterin tidak boleh dikitar semula. Selain itu, ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh manusia.
“Kami mahu pemilik kedai makan dan gerai beralih kepada penggunaan straw kertas atau yang diperbuat daripada bahan organik seperti kanji jagung.”
Advertisement
Advertisement
Katanya lagi, wakil syarikat pengeluar plastik tempatan serta wakil dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) cawangan Sabah dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut hadir dalam sesi libat urus terbabit.
“Secara umumnya, pengusaha makanan dan penjaja menyokong rancangan ini. Bagaimanapun, ada yang meminta agar tarikh pelaksanaan pada 1 Oktober ditangguhkan ke tarikh yang lebih lewat.
“Kami sudah memberikan tempoh antara sekarang hingga 30 September untuk semua pihak yang terlibat mematuhi keperluan kami. Empat bulan sepatutnya sudah mencukupi untuk menghabiskan stok straw plastik dan polisterin yang sedia ada.”
Jelasnya, langkah untuk “mensifarkan” penggunaan straw ini adalah lanjutan semula jadi daripada dasar “Tiada Beg Plastik” yang dilancarkan DBKK tahun lalu.
“Kami bukanlah pihak berkuasa tempatan pertama di negara ini yang melarang penggunaan straw plastik dan polisterin. Beberapa PBT di Semenanjung Malaysia sudah pun berbuat demikian, begitu juga Majlis Daerah Sarikei di negeri jiran kita, Sarawak.”
Sementara itu, individu yang membuang sampah merata-rata di sekitar Ibu Negeri boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 sekiranya terus membuang sampah termasuk puntung rokok sesuka hati.
Jurucakap itu berkata denda maksimum ini boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil (Anti Sampah) DBKK 1985 (Pindaan 2005), sekiranya pesalah disabitkan kesalahan di mahkamah.
Katanya tindakan undang-undang diambil dalam kes yang serius.
“Seramai 81 individu dikenakan kompaun Anti-Sampah oleh pegawai JPSP sepanjang 29 pemeriksaan ‘Ops Bersih’ yang dijalankan bulan lalu,” katanya.
Pemeriksaan ini membabitkan premis di Pusat Bandaraya serta kawasan dari Likas hingga ke Manggatal, menurutnya.
“Kompaun sehingga RM500 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melanggar Undang-Undang Kecil tersebut.”
Katanya, lokasi yang diperiksa di Kota Kinabalu termasuk deretan kedai di Bandaran Berjaya, Kg Air, Sinsuran dan Segama serta Centre Point Sabah.
Pemeriksaan turut dijalankan di kawasan awam di Jalan Gaya dan Jalan Tugu, menurutnya.
“Jumlah kutu sampah paling ramai ditangkap di sekitar Kg Air (13), diikuti Centre Point (10) dan Segama (9).”
Bagi kawasan luar pusat bandaraya, jurucakap itu berkata pasukan JPSP turut menjalankan pemeriksaan di pekan Inanam dan Manggatal serta beberapa pusat komersial seperti Damai Plaza, Plaza Juta, Kingfisher Plaza, Inanam Taipan, Manggatal Plaza dan Sulaman Sentral.
Selain itu, pemeriksaan juga dilakukan di Mini Putrajaya dan deretan kedai di Universiti Apartment.
“Pekan Inanam dan Taipan mencatatkan jumlah kutu sampah paling ramai dengan masing-masing enam orang ditangkap.
“Ini diikuti Kingfisher Plaza (4), manakala tiga masing-masing dikenakan tindakan di Sulaman Sentral dan Damai Plaza.”






