Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Masalah pam minyak, Honda panggil semula lebih 87,000 kenderaan
Published on: Tuesday, June 10, 2025
Published on: Tue, Jun 10, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Masalah pam minyak, Honda panggil semula lebih 87,000 kenderaan
Honda Civic model 2017 hingga 2018 antara yang terlibat dalam langkah memanggil semula oleh Honda Malaysia bagi menggantikan pam bahan api.
Kuala Lumpur: Honda Malaysia (Honda) mengumumkan langkah memanggil semula 87,490 unit kenderaannya bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Model yang terlibat termasuk Accord (model tahun: 2013 – 2017), BR-V (2017 – 2018), City (2014 – 2019), City (Hybrid) (2018, 2019), Civic (2017, 2018), CR-V (2018 – 2020), HR-V (2015 – 2018), Jazz (2015 – 2020), Jazz (Hybrid) (2018) dan Odyssey (2017 – 2019).

Advertisement
“Pam pendesak berkemungkinan mengembang selepas berendam dalam bahan api untuk tempoh yang panjang, sekali gus berpotensi menghalang kenderaan daripada dihidupkan atau menyebabkan enjin terhenti ketika memandu,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sebanyak 84,073 unit Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V dan Odyssey terlibat dalam panggilan semula tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Manakala, sebanyak 3,417 unit Civic dan CR-V terjejas dengan isu pam bahan api tekanan tinggi, yang mungkin retak berikutan penggunaan berpanjangan dan tekanan berlebihan, yang boleh mengakibatkan kebocoran bahan api atau menghasilkan bau petrol semasa memandu atau melahu.

Advertisement
Model yang terjejas dengan masalah pam bahan api tekanan tinggi ialah Civic (2023, 2024) dan CR-V (2024).

Honda berkata semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan, yang turut mengandungi maklumat mengenai butiran penarikan semula produk.

Advertisement
Pelanggan juga boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat dalam panggilan semula itu menerusi aplikasi Honda Touch.

Justeru, Honda menggesa semua pelanggan yang terjejas supaya menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temu janji selepas menerima notis pemberitahuan bagi menggantikan pam bahan api, bergantung kepada ketersediaan alat ganti.

“Penggantian pam bahan api yang terjejas dan pam bahan api tekanan tinggi adalah percuma dan semua kos berkaitan aktiviti penggantian akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

“Stok penggantian akan tersedia secara berperingkat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Honda
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here