Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Keputusan ‘solo atau kerjasama’ Julai
Published on: Wednesday, June 11, 2025
Published on: Wed, Jun 11, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Keputusan ‘solo atau kerjasama’ Julai
Masidi berkata keputusan tentang perkara itu berkemungkinan dimuktamadkan pada mesyuarat ahli majlis rertinggi (AMT) GRS yang akan bersidang lewat bulan ini atau awal bulan hadapan.
PITAS: Setiausaha Agung Gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan persoalan sama ada gabungan itu bergerak solo atau mengekalkan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 akan datang dijangka terjawab selewat-lewatnya awal Julai. 

Masidi berkata keputusan tentang perkara itu berkemungkinan dimuktamadkan pada mesyuarat ahli majlis rertinggi (AMT) GRS yang akan bersidang lewat bulan ini atau awal bulan hadapan.

Advertisement
Beliau juga mengesahkan walaupun GRS belum membuat keputusan rasmi mengenai strategi pilihan rayanya namum Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah bertemu pemimpin parti komponen GRS dan mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin PH.

“Kami belum membuat keputusan muktamad kerana masih belum mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi. Bagaimanapun saya percaya Presiden telah bertemu dengan semua presiden parti komponen.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Saya yakin beliau juga telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pemimpin PH. Apa yang pasti, jika bukan bulan ini maka awal bulan depan kita akan ketahui,” katanya ketika ditemui di sini, pada Selasa.

Majlis Tertinggi GRS terdiri daripada presiden-presiden lapan parti dalam gabungan tersebut iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang juga pengerusi GRS, PBS, Star Sabah, SAPP, Usno, Parti Harapan Rakyat Sabah, LDP dan Parti Cinta Sabah.

Advertisement
“Beliau (Hajiji) memberi bayangan bahawa kecenderungan GRS adalah untuk meneruskan kerjasama PH-GRS yang telah menjadi asas pembentukan kerajaan perpaduan di Sabah dan Putrajaya.

“Kalau saya tidak silap Ketua Menteri telah berkali-kali menegaskan bahawa beliau mahu kerjasama PH-GRS diteruskan dalam pilihan raya akan datang. 

Advertisement
“Tujuan utamanya adalah untuk kestabilan politik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here