Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga blok kedai musnah terbakar di Pekan Bongawan
Published on: Wednesday, June 11, 2025
Published on: Wed, Jun 11, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Tiga blok kedai musnah terbakar di Pekan Bongawan
KAWASAN kebakaran tersebut.
BONGAWAN: Tiga blok kedai kayu yang dibina pada 1939 musnah dalam kebakaran di Pekan Bongawan di sini, kira-kira jam 5.30 pagi Selasa. Kebakaran itu turut merosakkan beberapa kenderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis Nelson Ponji berkata pihaknya menerima laporan kebakaran kira-kira jam 5.38 pagi melalui talian MERS999.

Advertisement
“Seramai 24 anggota dikerah ke tempat kejadian, termasuk tujuh dari balai Kimanis, lapan dari balai Papar dan tujuh dari Beaufort,” katanya.

Beliau berkata operasi itu juga dibantu oleh empat pegawai polis dan diselia oleh Ketua BBP Papar Rozlan Osman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Aset bomba yang dikerah termasuk sebuah jentera LFRT dari Kimanis, satu FRT dan satu EMRS dari Papar, serta sebuah LFRT dari Beaufort. 

Nelson berkata kebakaran membabitkan tiga blok bangunan kayu dua tingkat.

Advertisement
“Bangunan pertama terdiri daripada lapan kedai, manakala blok kedua dan ketiga dengan empat kedai,” katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran 600 kaki enam pancutan, dengan sumber air dari jentera dan pili bomba.

Advertisement
Tiada kecederaan dilaporkan sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here