Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita ditahan serang, ugut remaja perempuan 
Published on: Wednesday, June 11, 2025
Published on: Wed, Jun 11, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Wanita ditahan serang, ugut remaja perempuan 
Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai agar mengawal emosi dalam menyelesaikan sebarang pertikaian peribadi dan tidak bertindak melulu hingga mencederakan atau mengugut orang lain.
TAWAU: Seorang wanita berumur 20 tahun ditahan selepas disyaki terlibat kes menyerang dan mengugut seorang remaja perempuan, 19, di Merotai Besar sekitar jam 2 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila perbincangan mengenai isu peribadi melibatkan anak saudara mangsa dikatakan tidak diterima oleh suspek.

Advertisement
Menurutnya, sebelum insiden itu, mangsa sedang berehat di rumahnya apabila suspek datang untuk berbincang.

“Namun, ketegangan tercetus apabila perbincangan tersebut tidak diterima oleh suspek yang tiba-tiba marah lalu menyerang mangsa dengan mencekik leher, menumbuk bahu kiri dan mengugut mahu mencederakannya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa yang bimbang akan keselamatan dirinya segera membuat laporan polis di Balai Polis Bombalai pada jam 9.25 malam hari yang sama,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Susulan itu, suspek ditangkap beberapa jam kemudian oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai kira-kira jam 11.50 malam.

Advertisement
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan.

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai agar mengawal emosi dalam menyelesaikan sebarang pertikaian peribadi dan tidak bertindak melulu hingga mencederakan atau mengugut orang lain.

Advertisement
Tegasnya, tindakan sedemikian bukan sahaja membahayakan keselamatan individu, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang yang serius.

Beliau juga meminta mangsa perlakuan jenayah agar melaporkan kejadian menimpa mereka untuk tindakan polis sewajarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here