Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Waktu tayangan tak sesuai antara faktor kutipan rendah
Published on: Wednesday, June 11, 2025
Published on: Wed, Jun 11, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Waktu tayangan tak sesuai antara faktor kutipan rendah
CHESTER (depan, dua dari kiri) bersama barisan pelakon dan penonton pada hari terakhir tayangan Mantera di pawagam baru-baru ini.
“MEMANG agak memeritkan,” itu kata sutradara Chester Pang mengenai kutipan kurang memberangsangkan untuk filem sulung arahannya, Mantera. Mantera, filem thriller seram yang mengisahkan tentang amalan Bobolian kaum Dusun di Sabah, hanya mampu mengumpul RM177,645.20 selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.

Menurut Chester, antara punca utama filem yang memakan bajet RM1.2 juta itu kurang menarik perhatian orang ramai menontonnya di panggung adalah tarikh tayangan yang tidak bersesuaian.

Advertisement
“Waktu tayangan filem ini berlanggar dengan satu lagi filem blockbuster Blood Brothers: Bara Naga yang menjadi satu kelainan bagi penonton di Malaysia. “Angin daripada semenanjung berjaya menggoncang penonton bukan sahaja di sana, bahkan di Sabah dan Sarawak.

“Walaupun Blood Brothers masuk pawagam pada 10 April manakala Mantera ditayangkan pada 24 April tetapi ‘wave’ penonton terhadap Blood Brothers masih kuat sehingga enam minggu. “Meskipun agak memeritkan tetapi ini juga membuka mata kami bahawa waktu tayangan turut memainkan peranan besar untuk sesebuah filem itu mendapat kutipan yang baik,” katanya kepada Hiburan Ekspres. 
Keywords:
Mantera
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here