Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
"Sandakan Photography Challenge 2025" - Platform Kreatif Angkat Warisan Sejarah, Budaya Sandakan
Published on: Thursday, June 12, 2025
Published on: Thu, Jun 12, 2025
Text Size:
Text:
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia pertandingan, Puan Zakiah di talian 088-249 521 atau emel: sandakanphotochallenge@jetama.com.my.
SANDAKAN: Daerah Sandakan bakal menjadi tumpuan jurugambar amatur dan profesional sempena penganjuran Sandakan Photography Challenge 2025 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Jun ini.

Pertandingan fotografi ini dianjurkan bagi meraikan kreativiti para jurugambar dalam usaha memperkenalkan warisan sejarah, landskap semula jadi serta budaya unik daerah berkenaan kepada masyarakat luar menerusi imej seni visual.

Advertisement
Acara ini dianjurkan bukan hanya pertandingan semata-mata, tetapi ia juga sebagai inisiatif untuk menghimpun dan membina komuniti kreatif di mana secara tidak langsung akan dapat mendokumentasikan Sandakan yang pernah mengalami pelbagai peristiwa sejarah dari era kolonial hinggalah kepada Perang Dunia Kedua yang turut menyaksikan perkembangan komuniti pelbagai kaum di daerah berkenaan.

Pertandingan anjuran Jetama Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Sony Malaysia ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu Street Photography, Travel/Human Interest dan Portrait. Sebagai cabaran pertandingan, tema bagi setiap kategori hanya akan diumumkan sebelum sesi pelepasan peserta.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setiap peserta turut diwajibkan menghadiri sesi taklimat dan bengkel fotografi pada hari pertama di Hotel Sandakan, yang akan dikendalikan oleh Sony Alpha Pro, Mohd Afzan bin Abdullah (Chot Touch) dan Sony Specialist, Shaiful bin Baker.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh melayari pautan berikut selewat-lewatnya pada Ahad, 22 Jun 2025, pukul 11:59 malam. Penyertaan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan: https://sandakanphotochallenge.my.canva.site

Advertisement
Sebagai sebahagian daripada syarat pertandingan, peserta diwajibkan menggunakan kamera digital seperti DSLR, mirrorless atau kompak dan penggunaan kamera telefon pintar dan tablet adalah tidak dibenarkan.

Para peserta berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah eksklusif berikut:

Advertisement
• Tempat pertama - Sony A7IV (ILCE-7M4)

• Tempat ke-dua - Sony A6700 (ILCE-6700)

• Tempat ke-tiga - Sony A6400 (ILCE-6400)

• Tempat ke-empat - Sony ZV-E10

• Tempat ke-lima - Sony ZV-1F

• Tempat ke-enam hingga ke-sepuluh – wang tunai

Majlis penutup serta penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.56 Tanjong Papat, YB Datuk Frankie Poon.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia pertandingan, Puan Zakiah di talian 088-249 521 atau emel: sandakanphotochallenge@jetama.com.my.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here