Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penduduk Lahad Datu gelisah serangan beruk liar
Published on: Thursday, June 12, 2025
Published on: Thu, Jun 12, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Penduduk Lahad Datu gelisah serangan beruk liar
KECEDERAAN akibat serangan beruk.
LAHAD DATU: Penduduk di Pulau Sakar melahirkan kebimbangan susulan kehadiran beruk liar yang menyerang penduduk dan menceroboh rumah mereka.

Haiwan liar itu bukan sahaja mencederakan penduduk, malah merosakkan tanaman dan harta benda selain mencuri makanan mereka.

Advertisement
Seorang penduduk mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera memandangkan dua penduduk telah pun diserang beruk liar dalam tempoh seminggu lalu.

Menurutnya, kejadian terbaru berlaku kira-kira jam 4 petang Selasa lalu apabila bapa saudaranya yang sedang tidur di anjung rumah di Kampung Louk Terusan, diserang seekor beruk liar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki, namun sebelum keadaan bertambah teruk, dia sempat menyambar bantal dan sebilah parang untuk menakutkan haiwan itu.

Anak mangsa kemudiannya membawa mangsa menaiki bot ke tanah besar sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement
Difahamkan, seorang kanak-kanak di Kampung Tanjung Paras, Pulau Sakar, turut menjadi mangsa serangan beruk.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana penduduk kini hidup dalam ketakutan akibat gangguan beruk liar,” katanya.

Advertisement
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Hairulnizam Hasnan, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden itu.

Katanya, pihaknya akan memasang perangkap bagi menangkap beruk-beruk liar tersebut sebelum dipindahkan ke Hutan Simpan Tabin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here