Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Maritim Sabah beri tumpuan perairan pantai timur, Labuan
Published on: Thursday, June 12, 2025
Published on: Thu, Jun 12, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Maritim Sabah beri tumpuan perairan pantai timur, Labuan
MOHD Khairulanuar bersama pegawai dan anggota serta orang awam sempena lawatannya.
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dan keberadaan operasi di Zon Maritim Lahad Datu, perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) dan perairan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bagi mengekang jenayah maritim dan mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali berkata, fokus operasi ditumpukan kepada kawasan panas berdasarkan maklumat risikan dan statistik tangkapan semasa.

Advertisement
Mohd Khairulanuar berkata, aset operasi Maritim Malaysia dilengkapi persenjataan seperti senapang automatik, pistol yang digunakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tahap ancaman semasa.

Katanya, antara langkah taktikal dan operasi yang dilaksanakan adalah rondaan berskala tinggi 24 jam sehari, latihan taktikal dan kerjasama strategik melalui operasi bersama dan perkongsian maklumat berterusan bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Jabatan Perikanan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara ancaman utama yang dikenalpasti termasuk pencerobohan bersenjata oleh elemen luar, penyeludupan senjata api dan dadah, cubaan penculikan oleh kumpulan jenayah terancang rentas sempadan dan penyeludupan barang kawalan seperti minyak masak bersubsidi, petrol dan diesel.

“Pendekatan High Readiness Response terus diadaptasi bagi memastikan kawalan perairan sentiasa berada pada tahap optimum,” tegas Mohd Khairulanuar.

Advertisement
Sementara itu, beliau berkata, Maritim Sabah telah merekodkan sebanyak 116 kes tangkapan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Maritim Sabah juga melaksanakan enam Perkhidmatan Mencari dan Menyelamat (Carilamat) atau SAR dari Januari sehingga Jun tahun ini.

Advertisement
Beliau turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia kekal komited dalam melindungi komuniti maritim dan menguatkuasakan undang-undang negara tanpa kompromi.

Orang awam diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat mencurigakan atau kecemasan maritim melalui Pusat Operasi Maritim terdekat atau talian kecemasan MERS999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here