Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kajian Tamu Desa jadi rujukan perkasa keusahawanan l-bandar
Published on: Thursday, June 12, 2025
Published on: Thu, Jun 12, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kajian Tamu Desa jadi rujukan perkasa keusahawanan l-bandar
Menurut Ewon, kajian tersebut amat penting kerana ia akan memberi input bermakna kepada Kuskop dalam merangka dasar dan keputusan berkaitan, terutama melibatkan aspek penyelenggaraan, pemasaran dan jaringan antara Tamu Desa.
KOTA BELUD: Kajian Projek Tamu Desa: Model Koperasi Sebagai Pengupayaan Keusahawanan Luar Bandar bakal menjadi rujukan penting kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dalam memperkasa keusahawanan luar bandar.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, kajian yang dilaksanakan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Sabah, agensi di bawah kementerian, dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dijalankan selama enam bulan bermula bulan ini hingga Disember tahun ini.

Advertisement
“IKMa akan memulakan kajian ini dengan melantik pegawai penyelidik dari IKMa dan UMS yang akan membuat kajian di tapak-tapak Tamu Desa untuk menilai penyertaan masyarakat serta potensi model koperasi dalam pengurusan dan pembangunan aktiviti keusahawanan di Tamu Desa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Program Jom Coop anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sempena Sambutan Pesta Kaamatan dan Perasmian Premis Tamu Desa Kampung Melangkap di Dewan Terbuka Tamu Desa Melangkap di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Ewon, kajian tersebut amat penting kerana ia akan memberi input bermakna kepada Kuskop dalam merangka dasar dan keputusan berkaitan, terutama melibatkan aspek penyelenggaraan, pemasaran dan jaringan antara Tamu Desa.

Dalam majlis berkenaan, sebanyak 15 wakil koperasi dari seluruh Kota Belud yang menerima kemudahan premis Tamu Desa turut menghadiri sesi taklimat. Taklimat berkenaan memberi penekanan kepada peranan koperasi sebagai entiti pengurusan Tamu Desa di peringkat kampung atau mukim masing-masing.

Advertisement
Selain itu, Ewon turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Pegawai Latihan Kanan IKMa Sabah, Shamsiah Shamsudin, sebagai ketua pasukan penyelidik bagi kajian Tamu Desa itu.

Sementara itu, Shamsiah berkata, pasukan penyelidik turut mengadakan kajian di Pasar Malam Semenanjung Malaysia dan Sarawak untuk meninjau kejayaan koperasi mengurus pasar malam.

Advertisement
“Ini kerana konteks Pasar Malam hampir sama dengan Tamu Desa. Jika di Sabah, koperasi baru memulakan perniagaan di Tamu Desa.

“Jadi, apabila kita ke Semenanjung, kita akan melihat faktor kejayaan yang membolehkan mereka mencapai pendapatan jutaan ringgit, termasuk aktiviti tambahan mereka yang membantu meningkatkan pendapatan koperasi serta cara pengurusan.

“Kita juga akan pergi ke Tamu Desa Tuaran dan Kota Belud untuk mengambil input dan keinginan mereka.

“Hal ini juga disebabkan Tamu Desa di Sabah lebih kepada tradisi dan tempat berkumpul masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata, kajian ini juga akan meneliti potensi koperasi dalam memperkenalkan sistem pembiayaan mikro dalaman sebagai alternatif bantuan kewangan kepada komuniti.

“Kita mahu galakkan koperasi melaksanakan bantuan kendiri dalam komuniti supaya hasilnya kembali kepada mereka sendiri, tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan,” katanya.

Kajian ini dijangka melibatkan seramai 80 responden dan dijangka dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang potensi model koperasi dalam pembangunan keusahawanan luar bandar.

Turut hadir, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Pengarah IKMa Sabah, Mohd Razalie Raffae.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here