Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peringatan kepada peniaga ingin guna perpaipan gas
Published on: Friday, June 13, 2025
Published on: Fri, Jun 13, 2025
Text Size:
Text:
Peringatan kepada peniaga ingin guna perpaipan gas
Ir Abdul Nasser menegaskan bahawa pengusaha yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun.
KENINGAU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata pematuhan perundangan, seperti mendapatkan Kelulusan Untuk Memasang (ATI) dan Kelulusan Untuk Mengendali (ATO), adalah langkah penting bagi menjamin keselamatan, bukan saja kepada pemilik dan pekerja tetapi orang awam yang menggunakan perkhidmatan dobi mereka.

Beliau menegaskan bahawa pengusaha yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Advertisement
Beliau berkata demikian apabila merasmikan Seminar Keperluan Perlesenan Gas dan Keselamatan Pepasangan Sistem Perpaipan Gas, di sini, baru-baru ini.

Seminar ini memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran pengusaha berkenaan aspek-aspek keselamatan pepasangan sistem gas berpaip serta pematuhan kepada perundangan dan piawaian ditetapkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir, wakil-wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta Majlis Daerah Keningau, yang memberikan taklimat dalam seminar itu.

Seminar itu juga menekankan kepentingan melantik Orang Bertanggungjawab (OB) yang kompeten bagi memastikan keselamatan jangka panjang premis perniagaan.

Advertisement
Katanya, seminar anjuran ECoS ini akan terus dipergiatkan sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pencegahan daripada sebarang insiden berpunca daripada kebocoran gas, selain memperkukuh pematuhan undang-undang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here