Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Muis sasar RM155 juta kutipan zakat
Published on: Friday, June 13, 2025
Published on: Fri, Jun 13, 2025
Text Size:
Text:
Muis sasar RM155 juta kutipan zakat
ARSHAD (kelima dari kiri) menyerahkan cek cura zakat perniagaan kepada Yahya, sambil diperhatikan Musa (keenam dari kiri).
Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menyasarkan RM155 juta jumlah kutipan zakat pada tahun ini. Menurut Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Arif, sasaran itu termasuk zakat penggajian yang menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan zakat.

“Untuk makluman, insya-Allah kita sasar kutipan zakat RM155 juta tahun ini. Antara penyumbang yang ramai ialah zakat penggajian lebih kurang 40 peratus, kemudian zakat perniagaan. 

Advertisement
“Jadi, kita juga mengalu-alukan mana-mana syarikat atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan) untuk terus menunaikan zakat,” ujar beliau pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Tahun 2024 Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Arshad Raja Uda kepada Yang Dipertua Muis, Datuk Seri Yahya Hussin. 

Penyerahan zakat tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad, Mufti Kerajaan Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Muis Ramlan Awang Ali, Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Rick Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee dan Ketua Pengurusan Shariah Dr Ahmad Basri Ibrahim.

Setakat Rabu (11 Jun), Muis mencatatkan jumlah kutipan zakat RM58,263,703.96 berbanding jumlah agihan RM63,712,668.71, dengan zakat penggajian menyumbang 51.43 peratus iaitu RM29,962,478.35, diikuti zakat perniagaan dengan sumbangan 17.91 peratus (RM10,437,740.93), zakat pendapatan dengan 8.1 peratus (RM4,719,458.40) dan zakat simpanan 6.4 peratus (RM3,726,641.83). 

Advertisement
Manakala, lain-lain zakat termasuk zakat emas dan perak, saham, pertanian dan ternakan masing-masing di bawah 2 peratus.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here