Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Memperkasa usahawan wanita melalui Pinjaman Dayang
Published on: Friday, June 13, 2025
Published on: Fri, Jun 13, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Memperkasa usahawan wanita melalui Pinjaman Dayang
Menurut Azizah, berdasarkan data sedia ada, terdapat 9,421 usahawan wanita Sabah yang menerima latihan daripada Mara pada 2022.  Beliau menambah, pada 2024, seramai 4,324 usahawan wanita berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (Mide), manakala sejumlah 8,031 usahawan wanita direkodkan di bawah Mide. 
SANDAKAN: Usahawan wanita muda bukan sekadar membangunkan perniagaan tetapi juga mencipta impak sosial yang lebih besar.  Pengerusi Institut Pembangunan Kajian Sabah (IDS), Datuk Azizah Mohd Dun berkata usahawan wanita muda Sandakan perlu menggambil peluang dalam era digital ini untuk mengembangkan perniagaan melalui platform e-dagang dan pemasaran melalui media sosial. 

Beliau berkata melalui sokongan kerajaan dan persekitaran ekonomi yang kondusif, yakin lebih ramai wanita muda akan berjaya dan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Advertisement
Katanya, usahawan baharu boleh mengambil inspirasi ini daripada ramai usahawan tempatan yang berjaya membawa produk Sandakan ke peringkat global, termasuk dalam sektor pemprosesan makanan dan kraftangan. 

“Usaha gigih dan ketekunan adalah kunci kepada kejayaan, seperti yang telah dibuktikan oleh ramai usahawan yang bermula dari peringkat kecil sehingga mencapai kejayaan besar. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Melalui Pinjaman Dayang ini, saya yakin ramai usahawan wanita muda dari daerah Sandakan yang akan berjaya mendapatkannya dan seterusnya menggunakan pinjaman ini sebaik-baiknya untuk memula, mengembang dan memajukan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Memperkasakan Usahawan Wanita Muda Sabah : Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi di Dewan Sri Libaran, di sini pada Rabu.  Turut hadir Timbalan Pengerusi  Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS), Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, Datuk Dr Rem Dambul, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Walter Kinson dan Senator Anna Bell Perian.

Advertisement
Kira-kira 600 usahawan muda menyertai program tersebut. Program merupakan anjuran IDS dan PPS dengan kerjasama MPS, serta menampilkan 25 pameran gerai usahawan wanita dari Sandakan.

Menurut Azizah, berdasarkan data sedia ada, terdapat 9,421 usahawan wanita Sabah yang menerima latihan daripada Mara pada 2022.  Beliau menambah, pada 2024, seramai 4,324 usahawan wanita berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (Mide), manakala sejumlah 8,031 usahawan wanita direkodkan di bawah Mide. 

Advertisement
Jelas Azizah, terdapat ribuan usahawan wanita yang direkodkan oleh pelbagai agensi mahupun jabatan ini di daerah Sandakan. 

“Adalah diharapkan agar sebahagian dari usahawan wanita yang termasuk dalam data-data ini boleh kita bantu majukan perniagaan mereka melalui pinjaman Dayang.

“Pakej Pinjaman di bawah Program Daya Upaya Peluang Usahanita (Dayang) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri melalui IDS dan PPS khas untuk wanita muda ini adalah satu langkah inovatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan wanita secara khusus,” jelasnya.

Azizah menambah, Pinjaman Dayang merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Sabah di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang secara berterusan dan konsisten mencari jalan membantu rakyat Sabah yang memerlukan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here