Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
1,298 sekolah di Sabah terlibat Kempen Internet Selamat: Teo
Published on: Saturday, June 14, 2025
Published on: Sat, Jun 14, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
1,298 sekolah di Sabah terlibat Kempen Internet Selamat: Teo
TAWAU: Sebanyak 1,298 buah sekolah rendah dan menengah di Sabah akan terlibat dalam Kempen Internet Selamat (KIS), program inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kempen yang dilaksanakan secara berfasa itu akan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dalam talian melalui pendidikan kepada pelajar.

Advertisement
“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Holy Trinity menjadi sekolah menengah pertama di Tawau bagi pelaksanaan KIS yang menggunakan modul untuk pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun, dengan penglibatan 290 pelajar.

“Objektif modul ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan internet, termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan internet,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Teo yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Sabah, hadir pada majlis KIS di SMK Holy Trinity, Tawau.

Melalui modul itu, Teo berharap pelajar dapat membezakan antara maklumat sahih dengan palsu di internet dengan mengenal pasti ciri-ciri fakta dan auta, selain dapat menilai risiko pendedahan maklumat peribadi secara terbuka dalam talian.

Advertisement
“Pelajar juga diharap dapat mengenal pasti tanda-tanda pengantunan seksual dalam talian dan lebih bersedia dengan strategi perlindungan kendiri,” katanya.

Beliau berkata melalui pendedahan kempen itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan berempati untuk membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di internet.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here