Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Marsha, Dolla wakili Malaysia di Asean-Korea Music Festival
Published on: Saturday, June 14, 2025
Published on: Sat, Jun 14, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Marsha, Dolla wakili Malaysia di Asean-Korea Music Festival
MARSHA dan Dolla dipilih kerana mereka membawakan keunikan tersendiri mewakili gabungan tradisi dan kontemporari.
DUA artis popular tanah air, Marsha Milan Londoh dan kumpulan Dolla, dipilih mewakili Malaysia pada acara Asean-Korea Music Festival (Round 2025) yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Jun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata kedua-dua artis itu dipilih kerana mereka membawakan keunikan tersendiri mewakili gabungan tradisi dan kontemporari, selaras dengan matlamat festival untuk memperkukuh diplomasi budaya dan merapatkan hubungan Asean-Korea melalui seni.

Advertisement
“Marsha Milan diiktiraf sebagai penyanyi dengan vokal bertenaga yang berlatarbelakangkan etnik Kadazan Dusun sekali gus menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia serta budaya komuniti etnik sebagai sebahagian daripada identiti nasional.

“Dolla pula merupakan ‘girl group’ Malaysia yang terkenal dengan konsep muzik moden dan gaya persembahan setanding artis K-pop, mempunyai pengikut media sosial yang besar dan peminat di luar negara, menjadikan mereka aset penting dalam strategi diplomasi budaya digital Malaysia,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Hello Asean di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur.

Shaharuddin berkata festival itu adalah sebahagian daripada usaha strategik Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2025 untuk memperkukuh kerjasama sosial budaya serantau, mempromosikan pelancongan budaya dan warisan serta menyokong pertumbuhan ekonomi kreatif negara.

Advertisement
“Inisiatif budaya seperti festival ini membuktikan seni dan budaya mampu menjadi jambatan yang menyatukan negara serantau ke arah perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bersama.

“Festival ini bukan sahaja melibatkan persembahan hiburan, tetapi turut merangkumi peluang jaringan industri dan pertukaran seni, selaras dengan usaha Asean untuk memupuk identiti serantau yang kukuh melalui platform kebudayaan,” katanya.

Advertisement
Selain Marsha Milan dan Dolla, festival ini juga bakal menampilkan barisan artis dari negara Asean iaitu He’ Lay (Myanmar), 1st One (Filipina), Minh Toc & Lam (Vietnam), Thay Champasak (Laos), Yung Raja (Singapura), The Pujanggas (Brunei), Retrospect (Thailand), Tep Boprek (Kemboja), Yan Josua (Indonesia), serta Dragon Pony, Paul Kim dan Touched dari Korea Selatan.

Shaharuddin berharap festival ini bukan sekadar menjadi platform hiburan dan persembahan seni, tetapi juga simbol kerjasama erat antara negara Asean dengan Korea dalam bidang seni, budaya, pelancongan dan ekonomi kreatif.

“Festival ini juga diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia pada tahun-tahun mendatang, sejajar dengan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kami melihat festival ini sebagai peluang untuk mempromosikan produk pelancongan budaya dan warisan Malaysia secara lebih meluas, termasuk kepada pasaran antarabangsa yang seterusnya akan memberikan kesan positif kepada ekonomi negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here