Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau lebih meriah tahun ini
Published on: Saturday, June 14, 2025
Published on: Sat, Jun 14, 2025
Text Size:
Text:
Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau lebih meriah tahun ini
NIZAM (dua dari kiri) dan Joseph Pang (dua dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Tun Musa.
Kota Kinabalu: Genap sedekad penganjuran, Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Siri Ke-10 pada 2 Ogos ini dijangka lebih meriah.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata festival yang kini berusia 10 tahun itu akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Advertisement
“Hari ini, saya bersama-sama dengan Presiden Majlis Perbandaran Tawau menjemput secara rasmi Tun Musa untuk melancarkan festival ini.

“Seperti mana kita semua sedia maklum, festival ini merupakan program hasil daripada legasi yang dibawa oleh Tun Musa semasa beliau menjadi Ketua Menteri, yang mana festival ini buat pertama kali diadakan pada 2011.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jadi, masyarakat dan seluruh rakyat di Tawau amat berbesar hati untuk menjemput Tun supaya festival pada tahun ini dapat dilancarkan oleh beliau sendiri,” katanya.

Menurut Nizam, festival tahunan itu sentiasa mendapat sambutan hangat dan mampu menarik kehadiran 50,000 pengunjung, sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi masyarakat Tawau khususnya.

Advertisement
“Setiap penganjuran festival ini, kehadiran tidak kurang daripada 50,000 pengunjung yang datang ke Tawau untuk menyaksikan acara kemuncak iaitu Persembahan Kebudayaan termasuk perarakan masuk pelbagai etnik dan budaya. 

“FKAT adalah acara tahunan yang memang dinantikan oleh semua rakyat, termasuk negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina dan juga negara Asean yang mengambil bahagian dalam Persembahan Kebudayaan.

Advertisement
“Sabah sendiri mempunyai pelbagai etnik dan kebudayaan. Maka inilah satu platform yang boleh kita gunakan untuk memperkenalkan Tawau sebagai salah satu tempat dan perbandaran di mana pertemuan pelbagai budaya Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei di Tawau,” katanya.

Beliau yakin, seperti tahun-tahun sebelum ini, festival kali ini akan menerima penyertaan dari dalam dan luar negara, termasuk Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand dan negara-negara Timur Tengah. 

“Sudah pasti ini akan memberi limpahan ekonomi, memperkenalkan Tawau dan boleh menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, Khamis.

Dalam perkembangan sama, Presiden Majlis Perbandaran Tawau Joseph Pang memaklumkan FKAT Ke-10 akan mengetengahkan konsep perkahwinan, kepahlawanan dan kraf tangan.

“Konsep kita sentiasa berubah, kali ini kita akan ketengahkan elemen-elemen perkahwinan, kepahlawanan dan kraf tangan. 

“Lebih kurang 30 etnik akan membuat persembahan, jadi kita akan pecahkan 10 etnik memperagakan elemen-elemen perkahwinan, 10 lagi lebih kepada elemen kepahlawanan dan 10 lagi kepada kraf tangan,” jelas beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here