Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Syarikat berkaitan kerajaan Sabah perlu dipantau, kata Upko
Published on: Saturday, June 14, 2025
Published on: Sat, Jun 14, 2025
Text Size:
Text:
Syarikat berkaitan kerajaan Sabah perlu dipantau, kata Upko
Dennison berkata, kerugian berterusan memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur dan hala tuju pembangunan negeri.
Kota Kinabalu: Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Sabah perlu direformasi demi kebaikan rakyat dan masa depan negeri Sabah secara menyeluruh.

Bendahari Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Dennison R. Indang berkata, GLC seharusnya menjadi pemangkin kepada ekonomi rakyat, membuka peluang pekerjaan, memperkasa usahawan tempatan, dan menyumbang kepada hasil negeri.

Advertisement
Bagaimanapun, katanya, apabila tadbir urus dipacu oleh kepentingan politik semata-mata dan bukannya kecekapan, maka misi asal penubuhannya sudah jauh tersasar. 

“Keadaan ini menghakis keyakinan rakyat terhadap kecekapan pengurusan negeri serta menjejaskan keupayaan kita untuk menyediakan perkhidmatan dan pembangunan yang berimpak tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya menyambut baik gesaan agar syarikat-syarikat GLC di Sabah menjalani reformasi yang menyeluruh dan berani.

“Hakikatnya, terlalu banyak GLC gagal menunaikan matlamat asal penubuhannya. 

Advertisement
“Bukan saja tidak menjana keuntungan, bahkan menjadi beban kepada kewangan negeri,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Dennison berkata, kerugian berterusan memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur dan hala tuju pembangunan negeri.

Advertisement
“Saya berpandangan sudah tiba waktunya untuk pendekatan baharu dalam pengurusan GLC Sabah. 

“Pelantikan dalam Lembaga Pengarah mesti dibuat berasaskan merit dan profesionalisme, bukan atas dasar siapa yang kenal siapa.

“Semua pelaburan dan kerjasama perlu melalui penilaian telus, dengan keutamaan diberikan kepada impak kepada rakyat.

“GLC yang tidak menunjukkan prestasi harus dinilai semula, distrukturkan, atau ditamatkan agar sumber negeri dapat digunakan dengan lebih bijaksana.

“Dalam hal ini, saya menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pemantauan GLC Negeri Sabah yang diumumkan oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Majungki,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Upko Kota Kinabalu berkata, ia adalah langkah penting ke arah memperkukuhkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus GLC.

Katanya, beliau melihat reformasi GLC bukan sekadar soal pentadbiran, tetapi soal keberanian membuat keputusan dasar yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan kekuatan ekonomi negeri.

“Rakyat memerlukan pemimpin yang bukan saja faham isu dasar, tetapi juga mampu mendesak perubahan struktur secara tuntas dan berani.

“Upko komited untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Kami percaya reformasi GLC bukan pilihan, tetapi satu keperluan mendesak.

“Dan bagi memastikan perubahan ini berjaya, Sabah memerlukan barisan kepimpinan yang benar-benar memahami tanggungjawab dan bersedia untuk memikul amanah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here