Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kursus menjahit untuk lelaki dibuka untuk permohonan
Published on: Saturday, June 14, 2025
Published on: Sat, Jun 14, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Kursus menjahit untuk lelaki dibuka untuk permohonan
JANIE (tiga dari kanan) bergambar bersama peserta kursus menjahit
Kota Kinabalu: Aktiviti belajar menjahit kini dibuka kepada kaum lelaki dalam program ‘Sea and Save’ tajaan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang berkata, kaum lelaki mesti merebut peluang ini untuk belajar kegiatan yang biasa dilakukan wanita.

Advertisement
“Program ini dibuka kepada semua lelaki. Saya berharap ada peserta lelaki akan mengikuti kursus ini yang kami adakan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, sejak memulakan program ini pada Mei, penganjur sudah menjalankan lima sesi latihan yang membabitkan 50 peserta.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semua peserta mendapat latihan secara praktikal daripada tenaga pengajar di Pusat Latihan Jahitan Epal,” jelas Jannie dan menambah program ditaja sepenuhnya oleh Adun Kapayan dengan kerjasama Pusat Latihan Jahitan Epal.

Melalui program kemasyarakatan ini katanya, konsep “Upcycle, Recycle, Repurpose dan Reduce,” (Kitar naik, kitar semula, guna semula dan kurangkan) menjadikan pakaian lama dapat diolah semula.

Advertisement
“Melalui progam ini kita dapat melihat bagaimana pakaian lama dapat diolah semula untuk membantu mengurangkan masalah sisa tekstil yang semakin membimbangkan.

“Pakaian lama merupakan antara sisa buangan terbesar di dunia dan program ini menjadi langkah kecil tetapi penting untuk menangani isu sampah berlebihan,” katanya.

Advertisement
Lasimbang berkata beliau sangat gembira dapat memberi ruang dan sokongan kepada wanita dan lelaki melalui kursus yang ditaja pejabatnya.

Beliau menekankan bahawa program ini terbuka kepada semua lelaki dan wanita yang ingin belajar dan berkongsi pengalaman bersama-sama melalui aktiviti domestik yang memberikam banyak manfaat.

“Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Saya berharap semoga ilmu yang dikongsi terus memberi manfaat kepada semua,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here