Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki serang bekas isteri, ugut bakar rumah
Published on: Sunday, June 15, 2025
Published on: Sun, Jun 15, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lelaki serang bekas isteri, ugut bakar rumah
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin
TAWAU: Seorang lelaki yang berang selepas permintaannya untuk berjumpa bekas isteri ditolak, bertindak agresif menyerang wanita itu dan bekas adik iparnya, malah mengugut mahu membakar kediaman mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek berumur lingkungan 30-an itu ditangkap pada Jumaat di hadapan sebuah kilang di kawasan industri Batu 3 Jalan Apas. 

Advertisement
“Suspek ditahan kerana disyaki mencederakan dan mengugut bekas isterinya di sebuah kediaman di Batu 3 Jalan Apas,” katanya di sini, Sabtu. 

Jasmin berkata, mengikut laporan polis pengadu pada 1 Jun, suspek mendatangi rumah mangsa pada 31 Mei kira-kira jam 11 malam untuk menemui bekas isterinya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, bekas adik iparnya cuba menghalang hasrat lelaki itu dan memintanya berhenti mengganggu kakaknya. 

“Suspek dikatakan menumbuk bekas adik iparnya itu sehingga mengalami kecederaan pada muka dan satu batang giginya patah,” katanya.  Beliau berkata suspek turut menendang badan bekas isterinya sehingga cedera muka dan hidungnya, malah diugut akan dipukul jika terserempak di luar. 

Advertisement
Katanya, lelaki itu juga mengugut mahu membakar kediaman bekas isterinya sekeluarga. Susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada esoknya. 

“Berikutan aduan itu usaha mengesan suspek dilancarkan dan hasil siasatan turut mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya. 

Advertisement
Suspek, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kini ditahan mengikut Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan) Kanun Keseksaan, Seksyen 506 (membuat ugutan) kanun yang sama dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here