Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Demizer bawa mesej keamanan, isu sosial
Published on: Sunday, June 15, 2025
Published on: Sun, Jun 15, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Demizer bawa mesej keamanan, isu sosial
Dari kiri: Sam, Azlan, Cozenn, Arthur dan Anton.
WALAUPUN genre death metal sering dipandang negatif oleh sesetengah pihak, band tempatan Sabah Demizer tampil berani mengubah persepsi itu dengan mengetengahkan mesej keamanan dan isu sosial dalam karya mereka.

Menerima hakikat bahawa tanggapan negatif terhadap death metal sukar dihapuskan vokalisnya Cozenn berkata Demizer sejak ditubuhkan pada 1998 memilih untuk menjadikan genre itu sebagai platform menyuarakan ketidakadilan dan penindasan.

Advertisement
“Realitinya setiap orang ada citarasa muzik berbeza. Death metal memang bukan genre popular dan tidak semua dapat terima muzik yang laju serta agresif dengan teknik vokal growl atau scream yang liriknya sukar difahami.

“Tidak dinafikan persepsi ini juga dipengaruhi oleh penampilan luar biasa band dengan genre ini yang dianggap tidak selari dengan budaya ketimuran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun dari segi lirik kami lebih kepada mesej kemanusiaan, tentang kekejaman, penindasan dan isu kehidupan sosial semasa,” katanya kepada Hiburan Ekspres.

Bakal tampil dengan album kedua mereka Ravage pada 28 Jun ini Cozenn berkata naskhah itu membawa mesej hentikan peperangan dan pembelaan terhadap mangsa penindasan khususnya rakyat Palestin.

Advertisement
“Kami mahu orang ramai faham mesej yang kami bawa. Harapan saya muzik ekstrem seperti thrash metal, grindcore dan death metal diberi sokongan agar dapat dimartabatkan di negara ini.

“Muzik ini mempunyai peminatnya tersendiri dari seluruh negara di mana penganjuran acara besar seperti di Indonesia mampu menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Advertisement
Begitu pun Cozenn bersyukur kerana sehingga hari ini Demizer tetap mempunyai pengikutnya tersendiri.

“Alhamdulillah sehingga hari ini Demizer masih mempunyai pengikut tersendiri meskipun terdapat sedikit perubahan barisan ahli sejak zaman demo, EP dan album terdahulu kami.

“Perkembangan muzik sekarang semakin teratur mengikut peredaran masa dan pengalaman terdahulu dapat digunakan dalam usaha memantapkan band ini.

“Keikhlasan semasa mencipta lagu tanpa meniru atau mengikut muzik orang lain adalah kunci agar band ini terus relevan selain saling menyokong antara satu sama lain bila mana-mana band menghasilkan material,” katanya.

Berbicara tentang penubuhan band itu Cozenn berkata Demizer memilih genre death metal dan melodik sebagai identiti sejak ia ditubuhkan pada 1998.

“Pada masa itu Demizer dalam usaha meriliskan demo kami pada 2000. Alunan muzik luar biasa, berat, laju, gitar bermelodi, nyanyian agresif dan bersemangat adalah faktor pemilihan konsep ini.

“Selain itu pengaruh daripada band-band hebat luar negara yang kami minati ketika itu seperti Amorphis, In Flames, Dark Tranquillity, At The Gates, Arch Enemy dan Children Of Bodom adalah sebab kami memilih konsep ini,” katanya.

Mengenai album Ravage Cozenn akui kekangan kewangan menjadi cabaran utama mereka mengambil masa sehingga 12 tahun untuk menghasilkan album baharu.

“Kos studio semuanya ditanggung sendiri. Tambah pula kekangan masa ahli band masing-masing. Tapi syukur dengan kesabaran dan komitmen semua akhirnya berjaya juga siapkan Ravage,” ujarnya.

Dari segi susunan muzik katanya Ravage menampilkan pendekatan lebih agresif, tersusun dan berkualiti tinggi.

“Kami pilih 10 lagu terbaik untuk album ini. Ia bukan sekadar karya tetapi hasil usaha jujur kami tanpa meniru mana-mana band lain,” katanya.

Menerusi Ravage kata Cozenn mereka mengambil pendekatan berbeza dari segi susunan muzik.

“Ravage lebih teratur, agresif dan unik. Selain itu kualiti produk juga lebih baik daripada sebelumnya.

“Terdapat 10 lagu terbaik dalam Bahasa Inggeris telah dipilih untuk dimuatkan dalam album ini,” katanya sambil menambah rakaman vokal dijalankan di KKMP Studio Tanjung Aru manakala bahagian muzik dirakam di Route 66 Studio Kinarut.

Tegasnya mereka berkarya bukan untuk mengejar populariti sebaliknya memperjuangkan muzik bawah tanah (underground) itu.

“Bagi kami cukup sekadar peminat beli produk band seperti kaset, CD, t-shirt, piring hitam sebagai koleksi peribadi. 

“Itu pun sudah memadai sebagai tanda sokongan,” katanya.

Selain Cozenn, Demizer turut dianggotai oleh Azlan (gitar), Anton (gitar), Arthur (bass) dan Sam (dram).

Perkembangan album dan persembahan Demizer boleh diikuti di Facebook: Demizer dan Instagram: @demizerofficial
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here