Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Syor perluas subjek Bahasa Kadazandusun kepada empat bahasa etnik lain – Ewon
Published on: Monday, June 16, 2025
Published on: Mon, Jun 16, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Syor perluas subjek Bahasa Kadazandusun kepada empat bahasa etnik lain – Ewon
Ewon berkata empat bahasa etnik utama yang dicadangkan itu ialah bahasa Tatana di Kuala Penyu, Kadazan Tangaa di Penampang, Murut Timugon di Tenom, dan Dusun Lotud di Tuaran.
PENAMPANG: Cadangan untuk memperluas pengajaran subjek Bahasa Kadazandusun di sekolah meliputi empat bahasa etnik lain di Sabah telah dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata empat bahasa etnik utama yang dicadangkan itu ialah bahasa Tatana di Kuala Penyu, Kadazan Tangaa di Penampang, Murut Timugon di Tenom, dan Dusun Lotud di Tuaran.

Advertisement
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu berkata beliau bersama delegasi dari Sabah telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bersama pihak Kementerian Pendidikan pada tahun lepas.

“Yang Berhormat Fadhlina seterusnya bersetuju supaya satu jawatankuasa khas di Kementerian Pendidikan ditubuhkan untuk meneliti cadangan ini. Saya akan terus menyusuli segala usaha untuk menjayakan cadangan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selama ini, subjek Bahasa Kadazandusun di sekolah hanya berasaskan Dusun Bunduliwan,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan sambutan Odou do Kaamatan di Kampung Mahandoi di sini, Ahad.

Ewon berkata usaha memperkasakan kurikulum bahasa etnik itu ialah inisiatif berterusan pelbagai pihak termasuk Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF), Momogun National Congress (MNC) dan Persatuan Bahasa Etnik Sabah.

Advertisement
Beliau berkata kementeriannya turut menyokong usaha itu menerusi penyaluran peruntukan khas kepada empat persatuan bahasa etnik berkenaan bagi tujuan pembangunan modul, buku kerja dan buku teks.

“Pengajaran empat bahasa etnik Sabah ini boleh dilaksanakan secara rintis di sekolah-sekolah terpilih. Misalnya, di Kuala Penyu, pengajaran Bahasa Tatana lebih sesuai berbanding penggunaan dialek Bunduliwan,” katanya.

Advertisement
Menurut Ewon, Sabah boleh mencontohi pelaksanaan pengajaran bahasa etnik di sekolah-sekolah kerajaan di Sarawak yang telah melaksanakan pengajaran Bahasa Iban dan Bahasa Bidayuh secara rintis.

“Usaha ke arah ini sedang dibuat. Rombongan dari Sabah juga telah membuat lawatan ke sekolah di Sarawak bagi melihat sendiri pelaksanaan pengajaran bahasa etnik Bidayuh terbabit sebagai tambahan kepada pengajaran Bahasa Iban,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here