Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
TYT, isteri raikan 300 kanak-kanak istimewa, anak yatim
Published on: Monday, June 16, 2025
Published on: Mon, Jun 16, 2025
Text Size:
Text:
TYT, isteri raikan 300 kanak-kanak istimewa, anak yatim
MUSA menyantuni mesra kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim yang hadir pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Seramai 300 kanak-kanak istimewa dan anak yatim diraikan dalam Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Sabtu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri beliau, Toh Puan Faridah Tussin.

Advertisement
Pada majlis itu, Musa menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM2,000 setiap satu kepada 10 institusi kebajikan. 

Penerima termasuk Persatuan Autisme Sabah, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Lok Kawi, PPDK Penampang, PPDK Papar, serta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Datuk Peter Mojuntin, PPKI SMK Kolombong dan PPKI SMK Taman Tun Fuad. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sumbangan juga disampaikan kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Pusat Jagaan Jireh Home Tuaran dan Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort.

Acara turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik termasuk Tarian Rampai Etnik Borneo oleh murid-murid PPKI SMK Taman Tun Fuad, persembahan nyanyian oleh johan nyanyian Solo PPKI Daerah Kota Kinabalu Gaeshierronna Elulu Jaffri dan johan Big Sabah Voice Muhlis Husrev Ozkan.

Advertisement
Persembahan Koir Bahasa Isyarat dari Kelas Pendidikan Khas Pendengaran SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang dan persembahan muzik bambu oleh kumpulan Lingga Bamboo Sound dari SK Lingga Baru Tuaran turut memukau hadirin.

Upacara memotong kek disempurnakan oleh Musa diiringi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, bersama isteri beliau Datin Seri Linda Ewit.

Advertisement
Puspanita dan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara-GRS) turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak istimewa dan anak yatim yang disampaikan oleh Faridah serta isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Mutiara-GRS Datin Seri Juliah Salag.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata khas berupa lukisan bertajuk ‘Kota Jesselton Merentas Masa’ hasil karya Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran dan Pertuturan, Rosemary Yvonne Marcus, yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here