Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pilihan Raya Negeri ke-17: Nizam tolak ada pertembungan sesama parti komponen GRS
Published on: Monday, June 16, 2025
Published on: Mon, Jun 16, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Pilihan Raya Negeri ke-17: Nizam tolak ada pertembungan sesama parti komponen GRS
Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri percaya situasi itu tidak akan berlaku kerana komitmen semua parti komponen utuh dalam lingkungan GRS dan Pakatan Harapan (PH
TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menolak desas-desus yang mengatakan kononnya pertembungan sesama parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak dapat dielakkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri percaya situasi itu tidak akan berlaku kerana komitmen semua parti komponen utuh dalam lingkungan GRS dan Pakatan Harapan (PH

Advertisement
“Kita melihat Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran GRS dan PH sudah membawa banyak pencapaian yang positif terhadap kemajuan dan pembangunan Sabah termasuk pembelaan rakyat di negeri ini.

“Saya lihat tidak akan ada pertembungan sesama parti komponen dalam GRS dan tidak akan ada pertembungan dengan PH,” katanya, ketika ditemui di Kampung Kinabutan Bukit di sini pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ditanya potensi pertembungan antara GRS dengan Barisan Nasional (BN) khususnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada PRN nanti beliau berkata hal itu terpulang dengan BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas itu berkata fokus utama mereka mengukuhkan kerajaan perpaduan sedia ada melibatkan kesatuan, persefahaman dan kerjasama antara GRS dengan PH.

Advertisement
Beliau mendedahkan hasrat itu sudahpun disampaikan secara tidak rasmi kepada kepimpinan PH Sabah dan Perdana Menteri tanpa menafikan hak parti lain jika ada yang berminat untuk bergabung.  

“Kerajaan Negeri hari ini melibatkan kerjasama GRS dan PH jadi sudah pasti keutamaan kita untuk memastikan kerajaan baharu yang terbentuk nanti adalah dalam lingkungan GRS dan PH,” katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut jika ada parti lain yang turut berminat bekerjasama beliau menyifatkan pihak terbabit perlu menyedari bahawa keutamaan jalinan kerjasama yang akan dibentuk itu adalah GRS dan PH.

Penyelaras Zon 12 PGRS (Bahagian Tawau dan Kalabakan) itu juga berkata pihaknya sudah menghantar nama-nama calon untuk dipertimbangkan bertanding pada PRN.

“Kita memohon semua tujuh kerusi iaitu di Bahagian Tawau - Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Balung dan Sri Tanjung serta di Bahagian Kalabakan - Merotai, Sebatik, Tanjung Batu dan Kukusan.

“Kita serahkan kepada kepimpinan PGRS untuk membuat pertimbangan namun sudah pasti kita mahu pertahankan tiga kerusi yang disandang ketika ini iaitu Dun Apas, Balung dan Sebatik,” katanya.

Pada 11 Mei lepas Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui di si ini optimis kerjasama PH, BN dan GRS menghadapi PRN Sabah Ke-17 dapat diwujudkan. 

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya boleh bercakap mewakili PH dan menyerahkan perbincangan lanjut berhubung prospek kerjasama antara ketiga-tiga parti gabungan terbabit kepada BN dan GRS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here