Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MP gesa jalan, lampu jalan di Libaran diselenggara
Published on: Monday, June 16, 2025
Published on: Mon, Jun 16, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
MP gesa jalan, lampu jalan di Libaran diselenggara
Suhaimi, baru-baru ini membangkitkan isu terbabit pada persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan soalan bertulis semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kelima pada April lalu.
SANDAKAN: Pejabat Parlimen Libaran terus mendesak syarikat konsesi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan berhubung kurangnya penyelenggaraan jalan dan lampu jalan di kawasan perumahan di sekitar Sandakan, susulan aduan berterusan daripada penduduk yang mahukan persekitaran lebih selamat dan terang.

Ahli Parlimen Libaran merangkap Adun Lantikan Datuk Suhaimi Nasir, baru-baru ini membangkitkan isu terbabit pada persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan soalan bertulis semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kelima pada April lalu.

Advertisement
Sebagai maklum balas, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri menyatakan bahawa kerja penyelenggaraan jalan di kawasan perumahan Sandakan adalah di bawah tanggungjawab Kekal Mewah Sdn Bhd — syarikat konsesi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Sabah. Penyelenggaraan lampu jalan pula dikendalikan secara rutin oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). 

Pegawai khas Suhaimi, Asli Amat berkata pejabat parlimen akan terus memantau rapat kedua-dua pihak bagi memastikan perkhidmatan yang konsisten dan berkesan dapat diberikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah isu yang kami pandang serius. Penduduk berhak untuk tinggal dalam kejiranan yang terang dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

“Kami akan pastikan perkara ini kekal menjadi keutamaan.”

Advertisement
Tambahnya, pemantauan secara berkala akan dijalankan dan tindakan lanjut akan diambil sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan dalam penyampaian penyelenggaraan.

Pusat khidmat Parlimen Libaran turut menggalakkan penduduk untuk melaporkan terus keadaan jalan rosak atau lampu jalan yang tidak berfungsi ke pejabat itu agar tindakan segera dan menyeluruh dapat diambil bagi memperbaiki keadaan di kawasan terjejas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here