Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekalan air bersih untuk penduduk Sook
Published on: Monday, June 16, 2025
Published on: Mon, Jun 16, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Bekalan air bersih untuk penduduk Sook
ELLRON melakukan gimik pelancaran di hadapan Tony, Max dan Zainal.
SOOK: Projek Pemasangan Sistem Bekalan Air ke tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalit akan membekalkan air bersih kepada sekolah itu apabila siap kelak.

Pemasangan sistem bekalan air di bawah Jabatan Air Negeri Sabah itu juga akan membekalkan air bersih kepada kampung berhampiran di Mukim Dalit dan Mukim Ansip.

Advertisement
Adun Sook Datuk Ellron Angin berkata, beliau telah berusaha berkaitan sistem bekalan air ini sejak beberapa tahun lalu, termasuk mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak Jabatan Air Keningau.

Katanya, pelaksanaan sistem bekalan air ini membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya didengari, malah diambil tindakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah langkah konkrit untuk menjamin akses kepada air bersih hak asas yang sewajarnya dinikmati oleh semua, tidak kira di mana mereka berada,” katanya selepas Majlis Pemasangan Sistem Bekalan Air SMK Dalit di Dewan SLDB Dalit, Jumaat lalu.

Majlis itu diadakan serentak dengan Program Mansau Ansau Pensiangan bersama RTM Sabah.

Advertisement
Ellron, yang juga Menteri Belia dan Sukan, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan projek ini, khususnya Pejabat Daerah Sook, Pejabat Pendidikan, Jabatan Tanah dan Ukur Keningau dan pihak kontraktor pelaksana.

“Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa meneliti dan menjiwai keperluan asas masyarakat, khususnya dalam aspek pendidikan dan kesejahteraan pelajar,” katanya.

Advertisement
Menurut Ellron, gangguan atau kekurangan bekalan air bukanlah isu remeh.

Katanya, ia memberi kesan besar kepada kelancaran operasi sekolah dari segi kebersihan tandas, keselamatan makanan di kantin, sehinggalah kesihatan dan keselesaan pelajar serta guru.

“Justeru itulah, Projek Pemasangan Sistem Bekalan Air ke tapak SMK Dalit dirancang lebih awal agar bekalan air bersih boleh disalurkan sebaik sahaja bangunan sekolah siap kelak,” jelasnya.

Ellron berkata, projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga SMK Dalit kelak, malah kampung-kampung sekitarnya.

“Kita yakin usaha ini akan meningkatkan tahap kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar secara menyeluruh,” tambahnya.

Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa projek ini dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama akan membekalkan air ke sekolah dan kampung berdekatan, manakala fasa kedua akan menyusul ke kampung lain yang turut memerlukan.

Antara kampung berhampiran yang bakal mendapat manfaat itu nanti adalah Kampung Mempulut, Membulu, Kuala Puntih dan Tigasa.

Ellron juga berkata, beliau dimaklumkan bahawa permohonan dan kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan untuk fasa kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-13 telah dikemukakan kepada pihak berkenaan.

“Oleh itu, kita amat berharap agar kelulusan dapat disegerakan demi kesejahteraan masyarakat berkenaan,” katanya.

Ellron berkata, beliau terus komited memperjuangkan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya yang baik, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

“Ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat akses kepada kehidupan yang lebih berkualiti,” tambahnya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap pelaksanaan projek ini.

Ini, katanya, mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan pembangunan yang saksama dan menyeluruh.

Ellron turut menyeru kepada seluruh warga sekolah, guru, pelajar dan komuniti setempat agar menghargai dan menjaga kemudahan ini dengan penuh tanggungjawab.

“Usaha besar ini hanya akan memberi manfaat berpanjangan jika ia dipelihara dan dimanfaatkan dengan baik,” ujarnya.

Turut hadir, wakil Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Mohd Royhaisham Abd Fattah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Zainal Manaf, wakil Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Keningau Max Javier Bernard, Ketua Polis Balai Sook dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook Tony Talasoi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here